Rabu, 24 September 2014

KHASIAT BAWANG PUTIH UNTUK KESIHATAN

Assalamualaikum....

Rasanya semua orang kenalkan bawang putih.....mestilah kan....selalu letak dalam masakan tu...Berdasarkan laman web world's healthiest food , bawang putih sudah wujud sejak 5000 tahun yang lalu.Bawang putih ni sangat mudah dikenalpasti dengan kulitnya seperti kertas putih nipis dengan bau yang menyengat. Sesetengah orang tidak menyukai bawang putih ni kerana mereka mengatakan yang ianya menyumbang kepada bau badan.betul tak?? Haaaa.....walaubagaimana sekalipun anggapannya....bawang putih ni banyak manfaatnya kepada kesihatan kita. Ianya boleh diambil dengan pelbagai cara seperti secara mentah, kering, ekstrak, serbuk, minyak bawang putih, tablet atau kapsul..apa ye manfaatnya??jom baca......

1)  Satu auns bawang putih mengandungi sekitar 42 kalori, 9 gram karbohidrat, 2 gram protein dan 1 gram lemak. Ia juga mengandungi mangan, vitamin B6 dan vitamin c serta merupakan sumber terbaik daripada thiamin @B1, fosforus, selenium, kalsium, potasium, zat besi dan tembaga.

2)  Bawang putih juga mengandungi antioksidan dan sebatian sulfur yang disebut allicin. Sebatian Allicin tersebut merupakan bahan aktif utama yang bertanggungjawab bagi memberi manfaat kepada tubuh kita. ketika bawang putih dicincang dan dihancurkan, sebatian ini berubah bentuk menjadi bau dan rasa. Bawang putih tua terbukti mengandungi kosentrasi tertinggi dari sebatian sulfur yang mudah diserap oleh tubuh.

3)Bawang putih ini sering di syorkan sebagai suplemen alternatif bagi mereka yang mengalami kolestrol tinggi, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, mencegah kanser seperti kanser perut @ usus. Bawang puti dianggap mempunyai kandungan toksisiti(zat beracun) yang rendah. Namun, perlu berwaspada dalm pengambilannya kerana ianya boleh mengganggu keadaan perut, pernafasan dan bau badan, sakit ulu hati dan kembung.

4)  Selain itu, bawang putih juga boleh membantu mengawal tahap gula dalam darah. Penggunaan bawang putih secara teratur dan berpanjangan boleh menurunkan paras homocysteine darah dan menunjukkan pencegahan sesetengah komplikasi diabetes mellitus.Bagi yang mengambil insulin perlu berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

5)  Juga digunakan sebagai ubat jangkitan( terutamanya masalah dada), gangguan pencernaan dan jangkitan kulat seperti seriawan( thrush).Ianya digunakan sebagai penyah-jangkitan kerana sifat bakteriostatik dan bacteriocidal.

6)  Zat anti-kolestrol dalam bawang putih iaitu ajoene menolong mencegah penggumpalan darah, pertumbuhan bakteria dan juga digunakan sebagai antibiotik semulajadi.

7)  Mengambil bawang putih mentah semasa selsema dapat mengurangkan jangkitan dan membantu melawan selsema tersebut.

haaaaa.....banyak juga khasiat bawang putih ni kan....jadi tak perlu lah risau untuk memakannya...buat ulam macam tu pun best juga, tambah2 dengan nasi panas...lagi best kalau dapat bawang putih jeruk.hehehe.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hai...nak tau apa2 pasal vitamin or yang berkaitan boleh jer komen yer...nak bagi pendapat ke...testimoni diri sendiri ke kongsi pasal kesihatan ke...just leave your comment here...i'm glad to read n recomment back.

Borang Maklumbalas

Nama

E-mel *

Mesej *