Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan

Rabu, 15 April 2015

BISKUT KELAPA DELIMA

Bahan Utama:-
225 g tepung jagung (cornstarch)"Brown & Polson"*
150 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
125 g gula aising
75 g kelapa kering, kisar halus
25 g serbuk badam
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
1/2 camca teh esev vanilla
155 g mentega
Untuk Hiasan:-
Ceri merah, dipotong kecil
Kelapa kering
1 kuning telur, untuk disapu
Cara membuatnya:-
Serbuk badam dan kelapa yang dikisar halus tadi digaul bersama2 tepung yang telah diayak. Ketepikan.
Dalam mixing bowl, masukkan telur, gula aising dan esen vanilla, pukul hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Peringkat ini adunan akan menjadi seakan2 serbuk roti.
Perlahankan speed, dan masukkan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi hingga adunan bertukar menjadi doh yang lembut dan boleh dicanai. Keluarkan doh dari mixer, bulat2kan dan tutup dengan tuala lembap.
Bahagikan doh tadi kepala 3 bahagian. Ambil satu bahagian dan canai diantara dua helai plastik menggunakan torak (alat penggelek) setebal 1/2 cm, terap ikut acuan kegemaran dan alihkan ke dulang pembakar. Buat hingga siap.
Sapu kuning telur, hias ceri potong dan tabur sedikit kelapa kering. Bakar pada suhu 150C selamat 10 - 12 minit. Angkat dan alihkan biskut atas jaringan. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

# boleh buat untuk raya ni...ermmm....best..best.....

Selasa, 14 April 2015

seri muka

Seri Muka
BAWAHNYA
2 cwn pulut
2 cwn santan
sedikit garam
1 camb tepung gandum
(gaulkn semua & tanak) **mampatkn
ATAS
3 cwn santan
1 cwn tepung gandum
3 camb tepung jagung
1/2 cwn gula (tp tepulang pd tekak msing2 ye)
2 biji telur ayam
sedikit garam
perisa pandan & pewarna hijau
** blanderkn semua... kacau dlm kuali jap agak2 nak kilat je terus tuang atas pulut tadi......
** pastikn air kukus dh didih ye....
Selamat Mencuba !!

Jom Try coklat chip cookies....

Famous Amos Chocolate Chip Cookies - ( Cookies Monster smile emoticon )
Bahan²
1 cawan gula kastor/halus - saya tukar dgn 1/2 gula perang 
1 cawan gula perang 
1 cawan mentega
1 cawan minyak
1 biji telur
1 sudu besar susu segar
4 cawan tepung gandum*
secubit garam
1 sudu kecil cream of tatar*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 cawan walnut cincang - kali ni saya guna 1 Cawan badam cincang
2 cawan semisweet chocolate chip
1 sudu kecil esen vanila
Yg bertanda ( * ) bahan saya ayak dulu..
Cara²
Pukul gula, mentega, minyak, telur, susu dan vanila hingga sebati.Saya gaul guna whisk je. *nak guna mixer pon boleh tp jgn pukul lama.
Masukkan tepung gandum, garam soda bikarbonat, walnut dan coklat chip
Adunan memang lembik...sudukan satu sudu kecil diatas dulang pembakar...jarak²kan sket sebab nanti kukis akan mengembang sket....dulang tak perlu gris..
Bakar pada suhu 350 'F (175 c) dalam 10-15 minit atau sehingga masak bergantung pada jenis oven..
Setelah kukis perang, angkat dan sejukkan diatas redai sebelum dimasukkan dalam bekas kedap udara.
Selamat Mencuba smile emoticon

Khamis, 25 September 2014

Resepi Cream Puff...nyum...

Cream Puff .....herm..sedapnya...
Bahan2 Cream Puff

250ml air

100g Mentega
1sdk Gula Kastor
125gm Tepung Gandum
3 biji telur ~  guna gred B
1/2 sdt garam
Cara Membuat Cream puff
1. Campur gula,air dan mentega. Masak hingga mendidih. Masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu hingga sebati dan tak melekatpada periuk. Sejukkan sebentar.
2. Masukkan telur 1 per 1 dan kacau sebati. Paipkan ke atas dulang pembakaryg telah disapukan mentega.
3. Bakar 15 min pada suhu 180 darjah.
Custard Filling

Bahan-bahan

500ml Susu Segar
1 biji telur
25gm tepung Kastad
30gm tepung Jagung
100gm gula kastor
1 sdk esen vanilla
Cara Membuatnya:-
1. Campur dan gaul sebati telur,gula kastor, tepung kastad, teung jagung dan esen vanilla.
2. Kemudian, tuangkan susu yang telah dipanaskan sedikit dan masak hingga kastad likat. Sejukkan sebentar.
3. Masukkan ke dlm piping bag, paipkan ke dlm belahan cream puff. Kemudian, ayak gula ising ke atas creampuff.
# resepi diambil dari choco shop gift....bila nak buat ni pun tak tau.....hehe...kumpul dulu....waa...bestnye dapat minum petang dengan cream puff ni...

Borang Maklumbalas

Nama

E-mel *

Mesej *