Selasa, 30 September 2014

BAHAYA KEKURANGAN ZAT BESI

Apa Itu Zat Besi?

~ Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.


~ Kebanyakkan wanita hamil mengalami rasa letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah. Namun mereka menganggapnya perkara biasa sahaja dan sering mengabaikan keadaan tersebut. Mereka menganggap ini semua adalah di sebabkan oleh perubahan hormon, namun sebenarnya ia adalah tanda2 anemia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat bekalan zat besi yang mencukupi.


~ Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Premitha Damodaran, berkata ramai yang masih tidak tahu bahawa masalah kekurangan zat besi yang serius adalah merbahaya. Ianya boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada ibu bahkan tururt memberi kesan kepada bayi yang dikandungnya. Wanita bukan sahaja perlu mengambil zat besi secukupnya semasa hamil, tetapi ia juga penting sebelum proses mendapatkan zuriat. Zat besi menjadi lebih penting selepas melahirkan anak dan sepanjang tempoh menyusukan anak.


Bagaimana untuk mengetahuinya?


~ Apabila  bilangan sel darah merah kurang daripada normal ( 12-15mg/dl ), risiko untuk mendapatkan animia adalah tinggi. Ianya dikenali sebagai anemia kekurangan zat besi.


~ Jadi, wanita yang mengahadapi risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri semasa hamil dan selepas melahirkan anak dengan mengawasi kandungan darah merah mereka.


Apakah puncanya?


~ Diet yang tidak cukup zat besi

~ Penyerapan rendah oleh badan
~ Kesan sampingan ubat tertentu
~ Keadaan genetik
~ Kehilangan darah yang teruk
~ Kehamilan

Berapa banyak zat besi yang diperlukan oleh wanita hamil?


 ~ Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi meyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga untuk tumbesaran bayi.


~ Mereka memerlukan kira-kira 50% lebih banyak zat besi iaitu pertambahan jumlah daripada 15mg/dl kepada 27mg/dl sehari.


~ Wanita hamil yang mempunyai kepekatan darah lebih daripada 11mg/dl adalah normal. Manakala 9mg/dl hingga 11mg/dl menunjukkan masalah anemia ringan.7g/dl hingga 8.9g/dl pula anemia sederhana.Bacaan yang menunjukkan kurang daripada 7.0 mengalami masalah anemia tahap teruk.


Siapa yang berisiko mengalami anemia selepas bersalin?  


~ Mereka yang disahkan menghidap anemia kekurangan zat besi semasa hamil

~ Mereka yang mengalami kehilangan darah yang banyak semasa bersalin
~ Mereka yang sudah beberapa kali melahirkan anak.
~ Ibu yang menyusukan bayi.

Kesan anemia terhadap kehamilan


~ Risiko keguguran

~ Kelahiran pra-matang
~ Bayi kecil
~ Koma
~ kebarangkalian ibu meninggal.

Bagaimana untuk tingkatkan zat besi?? Lebihkan Makanan yang kaya zat besi.....


~ Ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, tembikai, labu, bijan dan tauhu.


~ Selain itu, dalam kebanyakkan kes juga, doktor menyarankan agar mengambil suplemen zat besi yang rumusannya boleh diterima oleh badan. ianya penting untuk memulihkan kekurangan hemoglobin & mengoptimumkan penyerapan zat besi disamping mengurangkan kesan sampingan seperti sembelit.


~ Bagi meningkatkan keberkesanan terapi zat besi, ibu hamil disyorkan mengambil zat besi, folat, kuprum dan zink bersama makanan untuk mengurangkan kesan rencatan.


~ Vitamin C disyorkan diambil bersama makanan kerana diketahui meningkatkan penyerapan zat besi .


~ kalsium perlu dielakkan diambil bersama zat besi kerana jika diambil bersama ianya akan mengurangkan penyerapan.


~ Menurut Dr.Premitha, kita perlu terus mengambil pemakanan yang kaya zat besi sehingga berhenti menyusukan bayi atau selama 6 bulan.


Suplemen Shaklee 


~ Vita lea (iron formula) disyorkan kepada mereka yang mengalami anemia.

~ Ianya dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin & mineral.
~ Hanya 2 biji sehari mampu mengurangkan masalah kekurangan hemoglobin dalam darah.
~ 1 botol hanya RM88 dan tahan selama 6 bulan.
~ Bagaimana untuk dapatkannya......hubungi talian berikut...

( ID: 1019053 )
call/sms/wsapp: 011-10815355/ 019-9335355
facebook: maizun abdullah
fanpage:E-Nutrisi Shop

# Saya juga mengalami masalah ini....alhamdulillah dengan mengambil beberapa suplemen tambahan seperti vitalea, vitamin c, zink, kalsium, Esp, selain daripada iberet folic yang disarankan hemoglobin dalam darah saya sudah meningkat...anda pun cubalah...mana tahu...miracle akan terjadi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hai...nak tau apa2 pasal vitamin or yang berkaitan boleh jer komen yer...nak bagi pendapat ke...testimoni diri sendiri ke kongsi pasal kesihatan ke...just leave your comment here...i'm glad to read n recomment back.

Borang Maklumbalas

Nama

E-mel *

Mesej *