Khamis, 26 Disember 2013

SET DIET AWESOME.....

Sekarang ni ramai yang mengadu dah gemuk la...banyak spare tyre la...banyak lemak la...macam2 kan....kat sini saya nak kongsikan sedikit bahan yang kawan2 boleh pilih untuk kembali normal atau slim macam anak dara..set diet ni ada bermacam-macam...nanti saya rules kan mengikut fungsi masing ye..jom...tengok..

1) DETOX: HERB LAX


shaklee seremban

~ Herb lax ini adalah untuk detox. ianya di datangkan dengan kombinasi herba yang telah di gunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit & meningkatkan proses pencernaan secara lawas.
~ Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin,lemak & lendir yang melekat di dinding usus di keluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus bersih barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.


2) MEMECAH LEMAK: LECITHIN @ OMEGA GUARD (boleh pilih)


shaklee serembanshaklee seremban

~ Lecithin dan omega guard adalah untuk pemecah lemak. lecithin di namakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak ataupun yang paling senang adalah ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah dan seterusnya mencegaan.h lemak dari melekat kat dinding membran.Lecithin tidak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.
~ Keduanya adalah pemecah lemak.yang membezakannya adalah omega guard lebih cepat memberikan kesan berbanding lecithin.Lecithin bekerja secara perlahan dan hasilnya adalah sama.


3) MELAWAS: ALFALFA


shaklee seremban


~ Untuk menyerap lebihan air dan lemak dalam badan. Ia juga melancarkan sistem penghadaman serta perkumuhan. jadi, lebih mudah lemak2 yang di pecahkan oleh lecithin @ omega tadi di buang.


4) BINA OTOT: CINCH @ ESP (boleh pilih)


shaklee serembanshaklee seremban

~ Untuk protein terbaik, kawan2 boleh memilih sama ada cinch @ Esp.Protein sangat diperlukan untuk membantu meningkatkan metabolisme badan, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sehingga 35%.
~ Bagi ibu yang menyusu, tidak boleh ambil cinch tapi boleh gantikan dengan ESP/ mealshake kerana ianya juga boleh memperbanyakkan susu ibu.
~ kenapa perlu protein??? kerana apabila lemak diurai daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam.

# peringatan: bagi yang sedang mengawal berat badan, pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda.


untuk mendapatkan set ini anda boleh hubungi saya, pengedar shaklee seremban:

maizun| SID 1019053
011-10815355| pm/sms/whatsapp.
facebook: maizun abdullah
fanpage: E-Nutrisi Shop

# pos laju akan di gunakan bagi mereka yang berada di luar kawasan.harga istimewa dan juga konsultasi percuma akan diberikan kepada customer saya.bagi area seremban, senawang, paroi dan yang berdekatan saya akan COD untuk anda..

Rabu, 18 Disember 2013

bekerja sambil berzikir....

Assalamualaikum......

kali ini entry saya berbeza skit dari yang sebelumnya ya.....hehe....kita berkongsi sedikit tentang santapan rohani.Takkan nak penuhkan jasmani je kan....rohani juga perlukan suapan...
kenapa saya suka nak tulis tentang tajuk ni ye?? sebab bagi saya zikir ni ibadat paling ringan tapi timbangan pahalanya....Ya Allah...amat berat. Walaupun mudah tapi tak semua muslim yang melakukannya kan....bukannya apa...sebab tak di latih untuk berbuat demikian..yang kita biasa dengar hanyalah siulan lagu2 semasa je....haaa....sekarang apa kata kita tukar plak dengan zikrullah...alah...bukan susah pun...'subhanallah, walhamdulillah, walailahaillallah, wa Alllahu Akhbar.'....

haaa....senang je kan....ianya tak dibatasi oleh waktu dan tempat.setiap masa boleh berzikir.takder wuduk pun boleh...mana2 kawan2 di luar sana yang tak bertudung pun boleh..bak kata....semua boleh la..tapi sayang.....kenapa ramai yang tak amalkan....

Bekerja juga satu ibadah....kerana hasil yang kita dapat dari apa yang kita kerjakan itu merupakan sedekah yang paling utama untuk keluarga kita.Alangkah bagusnya kalau sambil bekerja tu kita berzikir..rezeki yang kita dapat juga akan berkat dan kita juga akan bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja tersebut.

ni ada satu cerita...tentang nabi Idris A.S....semangat kerjanya memang patut kita contohi.Baginda adalah seorang tukang jahit yang mencari nafkah dengan hasil tangannya sendiri.Pada suatu hari Allah swt berfirman yang maksudnya " Wahai Idris, tahukah kamu mengapa Aku mengangkat darjatmu hingga ke tempat yang sangat tinggi? sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Dan kami mengangkatnya ke kedudukan yang tertinggi" (surah maryam:ayat 57).

Nabi Idris menjawab: "Saya tidak tahu wahai Tuhanku". Allah berfirman: " setiap hari amalanmu terangkat ke sisi-Ku seperti setengah amalan penduduk dunia ini kerana kamu banyak berzikir." Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: " Kepada-Nyalah naik perkataan2 yang baik dan amal yang soleh"(surah fatir:ayat 10).

Subhanallah....mulianya amalan nabi Idris ni kan kawan2...demikianlah keutamaan nabi Idris.setiap kali baginda menusukkan jarumnya, pasti kalimah zikrullah yang di ucapkan.Sehingga kan darjatnya di angkat di sisi Ya Rabb setinggi itu. Mahu tak kita contohi akhlak nabi kita ni. Mestilah mahu kan...jom kita sama2 mencari keberkatan dalam pekerjaan dan redha Ilahi......

kepada yang belum bermula tu elok la praktikkan dari sekarang...dan yang dah amalkan tu teruskan berzikir sehinggalah kita menutup mata..InsyaAllah.....

*peringatan untuk diri sendiri dan juga para sahabat seagama semua....


Rabu, 11 Disember 2013

B COMPLEX YANG BOOMMM....

wow....tengok tajuk pun dah takut kan....hahaha....jangan risau b complex tu tak meletup la...cuma super power untuk badan kita je...hari2 mesti kena ambik ni sebabnya...Adakah kita mendapat vitamin B yang mencukupi setiap hari??

Haaa....mesti kena check betul2 ni..Dengan tekanan, pengambilan alkohol bagi yang non-muslim tu dan juga preskripsi ubat-ubatan berunsurkan dadah berupaya meningkatkan risiko pengurangan vitamin B dalam tubuh kita. Alamak!!! kalau macam ni...memang sah2 kita semua kekurangan vitamin B dalam badan setiap hari kan..Untuk pengetahuan semua...vitamin B ni penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada dari segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan apatah lagi penyaluran tenaga bagi proses metabolisme.

Kenapa nak kena ambik b complex ni???cuba cerita skit.....

hehehe....betul2 nak tau ni...okey.. B complex shaklee ni mengandungi ke semua 8 jenis vitamin B yang di perlukan oleh tubuh kita.Ianya bagi menggantikan nutrisi vitamin B yang hilang untuk membantu menguatkan jantung, peparu dan organ2 penting yang lain.nak tau tak apa 8 jenis vitamin b tu...okey...taraaa....

vitamin B1 (Thiamine) 
  • Thiamine memainkan peranan penting dalam penjanaan tenaga daripada karbohidrat. 
Vitamin B2 (Riboflavin) 
  •  Terlibat dalam pengeluaran tenaga untuk rantaian pengangkutan elektron, kitaran asid sitrik dan juga katabolisme asid lemak.

Vitamin B3 (Niacin) 
  • Niacin terdiri daripada 2 struktur iaitu asid nikotinik dan nicotinamide.Ke dua-duanya memainkan peranan penting dalam tindakbalas pemindahan tenaga dalam metabolisme glukosa, lemak dan alkohol.

Vitamin B5 (Asid Pantothenic) 
  • Terlibat dalam pengoksidaan asid lemak & karbohidrat.

Vitamin B6 (Pyridoxine)  
  • Biasanya di simpan di dalam badan sebagai pyridoxal 5'-fosfat(PLP), yang merupakan bentuk co-enzim vitamin B6. Ianya telibat dalam metabolisme asid amino dan lipid, serta dalam pengeluaran asid nikotinik.

Vitamin B7 (Biotin) 
  • Memainkan peranan penting dalam metabolisme lipid, protein dan karbohidrat.

Vitamin B9 (Asid folik) 
  • Bertindak sebagai co-enzim dalam bentuk tetrahydrofolate (THF), yang terlibat dalam pemindahan unit tunggal karbon dalam metabolisme asid nukleik & asid amino. THF       diperlukan untuk pembahagian sel normal terutamanya untuk ibu2 mengandung agar pertumbuhan bayi berlaku dengan baik. Folat juga membantu dalam pengeluaran sel2 darah   merah.   

Vitamin B12 ( Cobalamin)
  • Terlibat dalam metabolisme sel karbohidrat, protein & lipid. Ia adalah penting dalam pengeluaran sel2 darah dalam sum-sum tulang, sarung saraf & protein.                                       
Apa ye kebaikannya untuk diri kita???


Digunakan Untuk
Sebab
Pengeluaran Tenaga
Vitamin B1, B6 B7 dan bertindak sebagai faktor bersama bagi enzim metabolik yang berbeza yang terlibat dalam penjanaan tenaga oleh metabolisme makanan. Kekurangan sederhana mana-mana vitamin ini memberi kesan kepada jentera metabolik sel-sel yang membawa kepada keletihan, lemah dan cepat marah.
Sistem Saraf
Vitamin B kompleks diperlukan untuk berfungsi optimum saraf otak dengan menggalakkan fungsi normal hormon dan neurotransmitter dalam penyatuan memori dan fungsi mental yang lebih tinggi.
Sistem Penghadaman
Vitamin B Kompleks menggalakkan fungsi pencernaan tubuh manusia dengan merangsang pembebasan asid gastrik.Kekurangan Vitamin B1, B6 dan memimpin B7 penghadaman terjejas dan malabsorption nutrien pemakanan. Vitamin B6 adalah terutamanya dikenali kerana fungsinya untuk meningkatkan penyerapan vitamin lain.
Tumpuan dan memori
Vitamin B5 dan Vitamin B6 menggalakkan ingatan dan penumpuan dengan melarutkan dan meneutralkan tahap yang lebih tinggi homosistein yang toksik kepada kesihatan otak. Kekurangan Vitamin B12 adalah berkaitan dengan degenerasi gabungan sub-akut otak dan defisit lain fungsi otak yang normal.
Rambut yang sihat, kulit dan Kuku
Hampir semua vitamin B seperti B1, B2, B6, B5, B7 dan B12 yang diperlukan untuk pertumbuhan dan pembangunan lapisan permukaan kulit dan dermatologi itu. Kekurangan vitamin B membawa kepada kelemumur, kulit kering bersisik, dermatitis, demensia, uban rambut, dan lain-lain tanda-tanda pra-matang penuaan. Vitamin B6 diberikan bagi pengurusan psoriasis, dermatitis seborrheic, jerawat dan luka-luka kulit yang lain.
Kehamilan sihat
Kekurangan folat (vitamin B 9) dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi kecacatan tiub neural pada bayi dan kecacatan atau anomali lain struktur atau fungsian. Di samping itu, ibu-ibu yang kekurangan folat dan B12 tahap membangunkan kehilangan kehamilan kerana anemia dan kecacatan lain. Menurut cadangan Pusat Kawalan Penyakit, 400 mg folat yang diperlukan oleh setiap wanita hamil untuk mencegah komplikasi bencana.
Anemia merosakkan
Vitamin B12 dan folat yang diperlukan untuk pembentukan hemoglobin dengan bertindak sebagai penderma karbon.Kekurangan Vitamin B12 dan folat membawa kepada anemia merosakkan (ditandai dengan megaloblasts dalam darah yang sel-sel darah merah yang luar biasa besar dan diputarbelitkan).Apabila sel-sel bersaiz besar dibenarkan untuk lulus dari saluran darah kecil, kerosakan mekanikal pada dinding membawa kepada kadar yang lebih tinggi daripada kerosakan sel dan anemia akhirnya.
Penyakit Kardiovaskular
Vitamin B12 adalah bertanggungjawab mengawal kepekatan serum tahap homocysteine ​​yang sangat berkaitan dengan penyakit jantung iskemia dan gangguan vaskular lain yang mungkin berujung pada mengancam nyawa sekuelanya.
Sintesis DNA
Vitamin B12 dan folat bertindak sebagai penderma karbon dalam pembentukan DNA asas-pasangan. Apa-apa kekurangan B6, B12 dan B7 boleh menjejaskan pertumbuhan fizikal dan pembangunan.
Pencegahan Kanser
Kepekatan serum yang tinggi vitamin B dianggap perlindungan terhadap payudara, paru-paru dan hati kanser dengan meneutralkan radikal bebas dan toksin.
Wellness Mental
Kepekatan serum optimum B-vitamin menggalakkan mental dan mengurangkan risiko mendapat kemurungan, kebimbangan, penurunan memori, umur yang berkaitan penurunan kognitif dan lain-lain penyakit tua.
Sindrom Prahaid
Oleh kerana peranan B kompleks sebagai faktor-bersama, tambahan membantu dalam mengawal gejala sindrom pra-haid, terutama vitamin B6 yang memainkan peranan penting dalam mengawal turun naik hormon.
Demam Pagi
Mikronutrien membantu dalam menstabilkan mood dan juga hormon. Jika anda hamil, anda perlu mikronutrien tambahan untuk menstabilkan kepekatan serum hormon dan neurotransmitter.
Batu Ginjal
Pyridoxine apabila digabungkan dengan mineral lain seperti magnesium dikenali untuk mencegah pembentukan batu di dalam buah pinggang. Fungsi ini dicapai dengan mengawal dan modulasi kepekatan oxalate dalam air kencing dan mineral lain yang mengambil bahagian dalam pembentukan batu.
Vitamin B dalam bentuk pemakanan harian pula....

Okey...ini untuk mereka yang tidak suka kepada pil2. Kita boleh mengambilnya melalui sumber semulajadi atau pun pemakanan kita.tapi make sure mencukupilah ye...kalau tak cukup better makan supplement yang memang sah2 cukup kuantitinya....

Vitamin B1
Lentil dan kekacang mengandungi jumlah tertinggi Thiamine. Di samping itu, bijirin (seperti beras, gandum), sayur-sayuran (seperti bayam, brokoli, salad) dan ikan, telur dan ayam juga mengandungi jumlah yang tinggi Vitamin B1.
Vitamin B2
Riboflavin adalah tertumpu dalam brokoli dan sayur-sayuran lain sayuran berdaun hijau, buah-buahan dan produk tenusu.
Vitamin B3
Sumber-sumber terkaya vitamin B3 termasuk daging putih (salmon, tuna dan ayam) selain kekacang dan gandum.
Vitamin B5
Asid Pantothenic hadir dalam kepekatan tinggi dalam cendawan, brokoli, yogurt, avocado, lentil dan tertumpah-kacang.
Vitamin B6
Vitamin B6 adalah kaya tertumpu dalam makanan seperti protein berkualiti tinggi (daging lembu, ikan, kambing), produk tenusu seperti keju.
Vitamin B7
Biotin atau Vitamin B7 adalah kaya diedarkan di hampir semua makanan yang berkualiti tinggi seperti ayam dan daging merah, telur dan ikan salmon. Jika anda memakan diet yang seimbang, kemungkinan jarang membangunkan kekurangan pemakanan.
Vitamin B9
Folat hadir dalam sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam, turnips hijau, asparagus, halba dan buah-buahan lain dan sayur-sayuran. Sumber ketara yang lain termasuk kekacang dan legum.Anda juga boleh mendapatkan bijirin yang diperkaya folat dan makanan.
Vitamin B12
Vitamin B12 adalah hadir dalam semua sayur-sayuran berdaun hijau sebagai tambahan kepada ikan, ketam, telur, susu dan produk tenusu lain seperti keju, daging merah dan ayam. Sumber-sumber lain termasuk bijirin dan soya.

Inilah dia B complex Shaklee yang awesome tu....


Cara makan pulak.....

cara makan B complex ni senang je...hanya ambil 1 biji je setiap hari selepas makan pagi..di sebabkan vitamin ni larut air..jadi kenalah telannya bersama2 dengan air putih yer....plain water plak jangan lupa..minum sekurang-kurangnya 3liter sehari...ingat tu...

Sekian la utk kali ini....nanti kalau ada apa2 yang berkaitan saya akan update lagi ye...kalau sesiapa yang berminat untuk membeli vitamin ini boleh la hubungi saya ye...saya adlah pengedar sah shaklee di seremban...Area seremban dan sekitar nya saya COD je.kalau jauh plak saya akan pos kan untuk anda..ini no contact saya..

011-10815355|maizun
019-9335355|eddy
facebook: maizun abdullah
fan page: E-Nutrisi Shop

Ataupun like saje fan page saya...kawan2 akan sentiasa mendapat maklumat terkini tentang nutrisi shaklee saya...hehe..

*produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Jumaat, 6 Disember 2013

PEPPERMINT GINGER PLUS SHAKLEE



Menyamankan & melegakan....


~ Peppermint gingger plus shaklee mengandungi herba asli iaitu pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk memberikan rasa yang nyaman dan melegakan.
~ Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman & mempunyai ciri2 semulajadi yang nyaman& dapat melegakan senak perut.
~ Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan& menyamankan perut.
~ Selain itu, pil2 ini boleh dihancurkan & dicampurkan dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.


Formulasi 4 herba unik & terpilih:

1)Pudina 

  • Melegakan otot perut,kerana ianya mempunyai kesan penenang.
  • Pudina juga boleh membantu dalam penghadaman.
  • Membantu mengurangkan mabuk laut/darat.
  • Membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih hulu hati dan cirit-birit.
  • Kesan sampingan seperti muntah dan hilang selera makan akibat dari daripada rawatan kimoterapi juga boleh di legakan dengan pudina.
  • Pudina juga merangsang pengeluaran peluh, jadi apabila seseorang itu selsema pudina akan menyekat demam.
  • Membantu memelihara pemikiran yg jelas dan meningkatkan fokus. 

2) Halia
  • Merangsang rembesan enim salvia untuk pencernaan makanan.
  • Melegakan ketidakseleaan perut & usus, sakit ketika haid, loya, mual ketika mengandung dan juga menghilangkan angin semasa berpantang.

3) Pokok adas(fennal)
  • Orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut.Ianya melegakan sakit perut dan juga melegakan gejala flu/selsema.
  • Ia juga boleh membantu masalah elergi dalam saluran usus.

4) Cekur manis(anise)
  • Orang Mesir purba menggunakan cekur manis untuk melegakan masalah pencernaan,kesakitan ketika haid,batuk dan juga kahak.
  • Boleh merangsang jus gastrik untuk pensernaan dan juga menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit.
  • Melegakan haba di musim panas dan lembab.
  • memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.

Siapa yang memerlukan peppermint???
  • Mereka yang sering mengalami kembung perut.
  • Mereka yang mengalami masalah pencernaan.
  • Wanita mengandung yang mengalami morning sickness.
  • Mereka yang mengalami masalah gastrik & angin.
  • Mereka yang sering mabuk perjalanan/ loya.
  • Sesuai untuk pengembara2 yang mengalami masalah senak perut semasa dalam perjalanan.

Cara makan peppermint...
  1. Membantu penghadaman: Ambil 3 biji selepas makan
  2. Mencuci usus dan perut: Larutkan 3 biji peppermint di dalam air suam.
  3. Merawat masalah gastrik,loya@batuk: Larutkan 1@2@3 biji dalam air panas@dalam air teh untuk dijadikan teh herba.
  4. Kelegaan tekak,batuk@sendawa: hisap @ kemam 2 biji
*produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Hubungi saya ye untuk consultasi percuma...

maizun|SID 1019053
011-10815355/
019-9335355(eddy)
fanpage: E-Nutrisi Shop
Facebook:maizun abdullah

DIET SAYUR-SAYURAN PANJANGKAN UMUR.

hahahhaha.......gelak dulu sebelum tulis...takder la...saje2 jer....ceriakan diri dulu. Baru ada mood nak menulis..betul tak kawan2....hari ni saya nak berkongsi tentang sayur-sayuran plak.mana2 yang tak suka makan sayur tu......cuba2 lah suka kannya ya.....

Menurut artikel jurnal kesihatan yang saya baca kat kosmo ni mengatakan...

Pengamal diet sayur-sayuran dikatakan dapat hidup lebih lama kerana mereka lebih cenderung untuk bersenam, tidak merokok serta tidak mengambil minuman beralkohol. para penyelidik dari Universiti loma linda, Amerika Syarikat menerusi jurnal JAMA Internal Medicine turut mendapati vegetarian mempunyai risiko kematian 12% lebih rendah dalam tempoh 6 tahun berbanding bukan vegetarian." Mereka juga cenderung untuk berkahwin, mempunyai tahap pendidikan lebih tinggi, kelihatan lebih berusia dan lebih kurus berbanding bukan vegetarian."

Sementara itu, dalam satu kajian lain di Universiti Oxford menunjukkan amalan diet sayur-sayuran dapat mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 32% berbanding dengan pemakan daging dan ikan. Penyelidik juga mendapati bahawa vegetarian tidak memiliki indeks jisim badan yang tinggi dan kurang berisiko untuk mendapat penyakit diabetes.

ishh....takut juga mendengarnya kan...haaa...sape yang tak gemarkan sayur tu..hati2...tapi...hidup dan mati tu kan kerja tuhan...kita hanya merancang...tuhan yang menentukan segalanya...Walaupun demikian...kita harus lah berusaha sebaik mungkin menjaga kesihatan tubuh badan kita dari di hinggapi penyakit.betul tak???

Haaaa...mestila betul kan...klu susah sangat nak makan sayur...boleh je ambik supplement yang dah di tabletkan.kat pasaran kan banyak...tapi kena tgk betul2 la...takut terkena yang ada bahan kimia akhirnya memudaratkan badan kita pulak.klu supplement shaklee ni memang % bahan semulajadi.Dah dpt kelulusan kkm pun....haahaha....promote la plak..apa salahnya kan...benda yang baik...haruslah di kongsi...klu nak boleh dapat terus dari saya.

Rabu, 4 Disember 2013

CYST & FIBROID


  • Cyst & fibroid merupakan satu ketumbuhan abnormal sel dalam badan yang di sebabkan oleh faktor radikal bebas.
  • radikal bebas pula adalah molekul yang kekurangan satu elektron & berusaha mengambil elektron dari molekul atau sel lain.
  • radikal bebas dapat dihasilkan dari hasil metabolisme tubuh & faktor luaran seperti asap rokok, penyinaran ultra-ungu, zat kimia dalam makanan &bahan pencemar lain.
  • Bagaimana nak kawal radikal bebas ni ye??? Ianya boleh di kawal melalui pengambilan antioksidan yang boleh di dapati dalam makanan.Antaranya anggur hitam, vitamin c, buah beri, strawberi dan lain-lain.

Apa Sebenarnya Jenis2 Cyst  tu ye???
  • Untuk pengetahuan semua...mcm2 jenis cyst dalam kilang ovari ni.Ada yang merbahaya, malignant (jenis kanser) , benign( bukan kanser) , yang merosak benih dan peranakkan (endometriosis) dan yang boleh hilang tanpa rawatan (follicular cyst) .
  •  Follicular cyst. – mengandungi air, bermula sebagai karung telur tetapi tidak pecah pada  waktu subur/ovulation, ia terus membesar kadang melebihi 5 cm. Biasanya akan pecah sendiri tanpa perlu bedah dan airnya diserap badan. Tidak perlu dibedah.
  • Corpus luteal cyst. – Bermula dari bekas kantung telur yang telah pecah/ ovulation dan kehamilan telah berlaku. Peranan corpus luteum ialah untuk menguatkan kehamilan di peringkat awal sabelum uri mengambil alih peranan tersebut kemudian. Kadang-kadang ia membesar sehingga 8 cm. Jangan takut, kerana biasanya cyst ini akan pecah sendiri dan cecairnya diserap badan.
  • Hemorrhagic cyst. – cyst yang mengandungi darah, ia boleh bermula dari follicular atau corpus luteal cyst, perdarahan berlaku ke dalam cyst atau pecah dan darah melempah merata dalam perut menyebabkan kesakitan yang kuat. Perlu pembedahan cemas.
  • Ruptured ovarian cyst. – menyebabkan kesakitan dan perlu dibedah secara cemas.
  •  Endometriotic cyst. ovary – mengandungi darah kotor, merosak ovary, saluran fallopio dan rahim.. Perlu dibedah.
  • Dermoid cyst ovary atau terratoma mengandungi cecair berminyak dan lemak, rambut, cartilage , gigi atau tulang. Perlu dibedah .
Rujukan : Dr Hamid Arshat (Pakar sakit puan)

Tanda2 Cyst.....
~ Sebenarnya tiada tanda awal bagi seseorang itu mengetahui mereka mengalami ovarian cyst.
~ Apabila saiznya sangat besar & pecah, seseorang itu akan mengalami sakit perut yang kuat secara tiba2 sehingga menyebabkan muntah dan mungkin pitam atau pengsan.
~ Jika cyst ini membesar secara perlahan2, mereka akan merasakan dirinya menjadi gemuk kerana pakaian yang biasa dipakai menjadi ketat.Ataupun berasa senak di bahagian bawah perut.
~ Selalunya ovarian cyst boleh datang bersama masalah kitaran haid yang tidak teratur, sakit ketika haid atau ketika melakukan hubungan kelamin.Namun ada juga mereka yang tidak mengalami masalah ini,hanya masalah ovarian cyst saje.
~ Apabila saiz cyst membesar, ia memberi tekanan pada pundi kencing sehingga menyebabkan mereka berasa kerap untuk kencing atau mengalami masalah kencing tidak lawas.
~ Setakat ini belum ada lagi cara yang spesifik unuk mencegah pertumbuhan ovarian cyst.
Rujukan: Dr.Zubaidi hj.Ahmad

Supplement Cadangan......
~ Sebagai langkah pencegahan awal atau pun langkah alternatif awal anda boleh mencuba supplement shaklee ini.supplement ini mempunyai antioksidan yang tinggi.
~ Supplement yang terbaik yang di cadangkan adalah:
   
            GLA + VITAMIN ACE( CAROTOMAX, VITA E & VITA C)

  • VITAMIN ACE penting sebagai prevention daripada radikal bebas dan kes fibroid & cyst berulang.
  • GLA akan membantu menyeimbangkan semula hormon2.




InsyaAllah....selain berdoa kita juga digalakkan berusaha dan berikhtiar.Mudah-mudahan Allah memakbulkan doa kita dan menyembuhkan sakit yang di deritai...amin...

Berminat untuk mendapatkannya dengan harga istimewa???jom hubungi saya.
pm/sms/whatsapp pengedar sah shaklee di seremban
011-10815355|maizun
019-9335355|eddy
facebook:maizun abdullah.
fanpage: E-Nutrisi Shop

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Selasa, 26 November 2013

ALFALFA COMPLEX



ASSALAMUALAIKUM W.B.T......

Jom kawan2.....kita kenal apa itu alfalfa..

Alfalfa merupakan tanaman yang mempunyai berbagai manafaat kesihatan.Atau juga lebih di kenali sebagai raja segala tumbuhan.Ia juga merupakan pusat pengumpulan segala zat. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam 6 meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah. Manakala daunnya pula mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.

Alfalfa complex  merupakan suatu formula shaklee yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr.Shaklee dalam tahun 1950-an dengan menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat. jangan tak tau ye kawan2....setiap hidangan mengandungi 300mg kalsium bersamaan dengan segelas susu.


APA YE KEISTIMEWAAN ALFALFA NI.....

Kawan2 nak tau tak...alfalfa ni istimewa kerana:
  • Kaya dengan vitamin(vitamin B, C, E & K ) dan mineral ( kalsium, magnesium, kalium, fosforus & zat besi ).
  • Selain itu, turut mengandungi fluorida, protein, mineral surih, serat, asid lemak & antioksidan.
  • Bermanfaat dalam penyerapan protein & karbohidrat.
  • Bertindak sebagai pembersih darah. 

Untuk kesihatan plak...apa kelebihannya???

Haaa....sudah tentu la banyak kelebihannya kawan2...nama pun raja segala tumbuhan kan...Di sini saya nak list kan 20 kebaikan alfalfa untuk kesihatan kita..
  • Bertindak merawat gangguan pencernaan.
  • Bertindak mengawal kolestrol dalam darah.
  • menghapuskan kolestrol buruk 'LDl' dari tubuh.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung & strok.
  • Bagus untuk pesakit diabetes kerana alfalfa berfungsi untuk mengurangkan paras gula dalam darah.
  • Mencegah edema ~ iaitu pengumpulan air dalam badan.
  • Mengurangkan simptom menopause.
  • Merawat asma & lain2 masalah pernafasan.
  • Merawat masalah sembelit.
  • Menyahkan toksik dalam tubuh.
  • mengurangkan kesakitan otot & sendi.
  • Meningkatkan sistem pertahanan badan
  • Membantu masalah penghadaman.
  • Membantu memperbanyakkan susu ibu.
  • Mengurangkan masalah pundi kencing.
  • Mengurangkan masalah gastrik & gangguan hati.
  • Meningkatkan kesihatan prostat.
  • Bertindak sebagai kacip fatimah kepada wanita.
  • menghangatkan hubungan suami isteri.
  • Membantu meningkatkan kesihatan lelaki.

Cara nak makannya macam mana plak ye....

Haa...bonus untuk customer june atau yang bukan customer pun boleh take note juga ye..terbuka untuk semua..kat sini june nak kongsikan cara pengambilan alfalfa ni. Dah beli mesti nak tau cara makannya pulak kan..okey..alfalfa ni kita mesti ambil slepas makan ye..kita boleh tentukan sama ada nak ambil 2kali atau 3 kali sehari..cadangannya seperti berikut..

1. pengambilan 2 kali sehari
  • 3 biji selepas sarapan
  • 3 biji selepas makan malam/ sebelum tidur.
2. Pengambilan 3 kali sehari
  • 2 biji selepas sarapan
  • 2 biji selepas makan tengahari
  • 2 biji selepas mkn malam/sebelum tidur.
Semuanya ikut kesesuaian anda.fleksibel ye...tapi jangan lupa...
  • maksimum pengambilan hanya 10 biji sahaja ye...tak boleh lebih.nanti memudaratkan pulak..
  • Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari.lagi banyak lagi bagus...
  • Jangan makan alfalfa bersama-sama dengan vitamin E sebab alfalfa dah tersedia vitamin E di dalamnya.
  • Orang pragnent tidak boleh mengambil alfalfa ye...sebab alfalfa sajenis herba.takut terjadi early contraction.
  • Pesakit SLE juga tidak di galakkan mengambil alfalfa tanpa saranan doktor terlebih dahulu.
Okey...rasa nya dah complete info untuk alfalfa kali ini. Nanti ada info terbaru akan june create lagi untuk tatapan pembaca.berkongsi ilmu tak salah kan...Bagi kawan2 di luar sana dan juga rakan pembaca yang ingin mendapatkan alfalfa complex atau suplemen shaklee lain boleh hubungi june ye..

Maizun| SID 1019053
011-10815355/
019-9335355|eddy ady
facebook: maizun abdullah





*produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.





Ahad, 24 November 2013

VITAMIN A



APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN VITAMIN A?

Vitamin A merupakan vitamin larut lemak yang hadir dalam 2 bentuk:
  1. Retinoids - Berasal dari sumber tumbuhan
  2. Carotenoids ( Pro-vit.A) - Berasal dari sumber tumbuh-tumbuhan.
Vitamin amat diperlukan oleh badan kita untuk tumbesaran, tulang dan gigi yang kuat bagi kanak-kanak. Ia juga perlu untuk penglihatan yang normal dan struktur gigi yang kuat. Vitamin A turut membantu memelihara kulit yang sihat dan mencegah lapisan mulut, hidung, tekak, paru-paru, penghadaman dan salur kencing dari dijangkiti kuman. Vitamin A juga menolong badan kita mengatur sistem kekebalan(immune system) di mana sistem ini membantu mencegah @ melawan jangkitan penyakit dengan membuat sel darah putih yang menghapuskan bakteria dan virus merbahaya.

Sumber vitamin A

~Telur, susu dan hati adalah diantara sumber semulajadi makanan yang kaya dengan vitamin A.
~ Selain itu, vitamin A juga terdapat pada bahgian lemak susu.
~Bijirin sarapan pagi dan juga susu tepung tanpa lemak yang terdapat di pasaran sekarang telah pun di perkaya dengan vitamin A.
~ Sumber vitamin A yang terdapat dalam kebanyakan tumbuh-tumbuhan adalah seperti ubi keledek, lobak, brokoli,bayam hijau, labu, tembikai madu, aprikot, betik, mangga, kacang pea,kundur dan sebagainya.


Kekurangan Vitamin A....Apa akan jadi????

Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan:
  • Lemah daya penglihatan pada waktu malam.
  • Rabun malam.
  • Kekeringan pada bahagian mata putih.
  • Selaput seperti keju pada mata putih.
  • Lemah daya tahan badan
  • Kulit kering dan bersisik
  • Hilang selera makan.
  • Masalah pembiakan.
  • Tulang dan gigi menjadi lemah.
Fungsi metabolic Vitamin A.

Vitamin A memainkan peranan penting dalam pelbagai fungsi badan kita.antaranya....
  • Penglihatan ~ berkaitan retina.kekurangan vitamin A akan menghalang pembentukan rhodopsin dan mendorong kepada  rabun malam.
  • Penyalinan Gen
  • Fungsi imunisasi
  • Perkembangan janin dan pembiakan
  • Metabolis tulang
  • Kesihatan kulit
  • Aktiviti anti-oksidan
VITAMIN A SHAKLEE (CAROTOMAX)

~ Vitamin A shaklee adalah dari jenis Carotenoids @ pro-vit.A yang akan di tukarkan menjadi vitamin A bila di perlukan.
~ Ianya boleh didapati dalam Vita lea & Carotomax.
~ Ianya juga bekerja secara sinergi dengan zinc, vitamin D & juga lemak.
~ Seorang dewasa memerlukan 750 mcg Vitamin A, manakala ibu-ibu yang menyusukan anak memerlukan 1200 mcg sehari.
~ Vitamin A tidak boleh diambil melebihi 500 mcg sehari kerana vitamin A berlebihan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.Antaranya...
  • keracunan (hanya boleh berlaku dengan vitamin A bentuk retenoids) - mual,sakit kepala, muntah, kabur, jaundise, sakit otot dan perut, mengantuk dan status mental berubah.
  •  Penglihatan kabur
  • kekeliruan



Fungsi carotomox.
  • Membantu mempertingkatkan penglihatan seperti rabun malam, rabun dekat, presbyopic, astigmatism, mata kering,kelesuan mata, glaucoma katarak, floaters, eye bags & gegelung hitam di mata.
  • Meredakan penyakit kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit berjerawat dan sebagainya.
  • Penggunaan luaran untuk merawat pustule,scabies,akne dan ulser kulit.
  • Melindungi lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru2, bronkus, pundi kencing dan ovari.
  • Melawan kanser & oksidasi terutamanya kanser paru2 & payudara.
  • Merangsang enzim membunuh kuman, mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru2, batuk, hepatitis, asma dan selsema.
  • Merangsang perkembangan kanak2/remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, membran mukosa, gigi, gusi & sistem reproduksi.
  • Menghasilkan sperma yang sihat.

TESTIMONIAL CAROTOMOX




CAROTOMOX JUGA LEBIH DIKENALI DENGAN JOLOKAN VITAMIN UNTUK MATA..HEHEHE......

Jom kawan2...apa tunggu lagi..boleh contact saya kalau berminat ye.saya akan memberi konsultasi secara percuma je.

shaklee independent distributor
maizun | sid 1019053
011-10815355
Eddy ady |019-9335355
facebook: maizun abdullah

COD: area seremban, senawang, Ampangan, paroi, pantai, sekitar taman ampangan.penghantaran secara pos adalah untuk seluruh malaysia.


*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sabtu, 23 November 2013

VITA-LEA ( IRON FORMULA )

Selamat petang semua...pada petang ini saya nak berkongsi dengan anda semua tentang vita lea shakle plak.kalau anda nak tau...vita lea ni dikatakan atau dilabelkan sebagai multi vitamin & multi meneral yang hebat.

kenapa multi yang hebat??

Kerana ianya suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan sains terbaik shaklee yang mampu di beli.Vita lea di rumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin & mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Apa akan jadi ya kalau di ambil setiap hari.....

Kalau di ambil setiap hari...vita lea mampu:

  • Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik
  • Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan & pembinaan tisu.
  • Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C & D untuk kesihatan tulang dan gigi.
  • Biotin & asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak & karbohidrat dalam tubuh.
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.

FUNGSI @ MANFAAT VITA LEA UNTUK BADAN KITA..

Vita lea ni banyak manfaat nya pada badan kita kawan2... ok...di sini saya akan senaraikan...
  • Merupakan pelengkap nutrisi harian kita.
  • Sangat membantu dalam stimulasi metabolisme dan melambatkan proses penuaan.
  • Melindungi organ dalaman kita seperti melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.
  • Merupakan elemen penting pada sel tubuh dalam membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.
  • Keupayaan sistem produktif ~ Penting kepada remaja dan kanak-kanak yang sedang membesar.
  • Merupakan penambah tenaga segera ~ Pemberi tenaga, kecergasan, tubuh dan kekuatan mental, membantu sistem memoridan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian. 
Haa....banyakkan manfaatnya untuk kita..dengan mengambil1@2 tablet  ini sudah cukup untuk menampung diet seharian kita.

kepada sesiapa yang berminat boleh hubungi saya untuk order dan mendapat konsultasi percuma.


pm/sms/wssap:
maizun | 011-10815355
eddy ady | 019-9335355
facebook: maizun abdullah

*produk ini % bahan semulajadi.tiada bahan pewarna dan perasa tiruan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Borang Maklumbalas

Nama

E-mel *

Mesej *