Memaparkan catatan dengan label SENARAI HARGA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SENARAI HARGA. Papar semua catatan

Rabu, 10 September 2014

SET LENGKAP KEHAMILAN SHAKLEE

Assalamualaikum semua.....

Bersua lagi kita dalam blog saya yer....kali ini saya nak berkongsi dengan kawan2 tentang set lengkap kehamilan shaklee...maklumlah semasa kehamilan ni lah kita nak kena jaga betul2 kan...dari segi pemakanan, pengambilan vitamin yang baik untuk perkembagan janin dan sebagainya...lagi satu...masa hamil ni lah bermacam2 masalah yang tak diundang datang kan....hb low, diabetes, darah tinggi dan sebagainya..nak tau vitamin apa yang sesuai untuk kehamilan?? jom kita tengok.....



Kalau kawan2 nak tau...set kehamilan ni terbahagi kepada dua iaitu untuk trimester 1 dan trimestere 2-3. Jadi....untuk trimester 1 kehamilan, para ibu mesti mengambil suplemen VITA LEA + B COMPLEX + VITA C + OSTEMATRIX. Manakala pada trimester ke-2, ibu2 boleh menambah OMEGA GUARD + ESP untuk merangsang perkembangan baby & otak baby....

jom kita semak apa fungsi vitamin2 ni pulak....

VITA LEA
~ Merupakan multivitamin dengan 28 vitamin dan mineral penting dan dirumus khas bagi membantu memenuhi keperluan badan kita..
~ Jika di ambil setiap hari vita lea membantu dalam mengekalkkan kesihatan yang baik kerana ianya mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan & pembinaan tisu.
~ Selain itu, ianya juga mengandungi kalsium, fosforus dgn vitamin C & D.
~ Manakala vitamin B12 pula membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.

B COMPLEX
~ Mempunyai 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
~ Membantu menukarkan protein, lemak & karbohidrat kepada tenaga.
~ B complex dengan asid folik ini membantu mengurangkan risiko melahirkan anak terencat @ masalah kecacatan saraf tunjang.
~ mengurangkan masalah imsomnia
~ Mengurangkan risiko kekejangan otot.
~ sesuai untuk ibu hamil yang menghidapi asma, jantung & diabetes.

VITA C
~ Vitamin C amat sesuai untuk ibu hamil kerana ianya akan menguatkan sistem imunisasi.
~ Membantu membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik.
~ Membantu sel darah putih menentang bakteria & kuman, dalam masa yang sama mengukuhkan sistem imun.

OSTEMATRIX ( kalsium, magnesium & vitamin D )
~ Membekalkan kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang & gigi.Juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf & otot serta buah pinggang. Selain itu, kalsium ini dapat mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.
~ Magnesium penting untuk metabolisme kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang iaitu punca penyebab migrain.
~ Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh di serap oleh tubuh.
~ Mengurangkan sembelit untuk ibu mengandung.

OMEGA GUARD
~ Omega 3 penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan.
~ omega guard merupakan sumber omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen.Kaya dengan DHA & EPA.
~Boleh mula diambil pada trimester ke-2 (bulan ke-4 kehamilan)

ESP
~ Merupakan protein bukan GMO yang lengkap dengan semua asid amino, rendah lemak dan bebas laktosa serta kolestrol. 
~ Menyediakan tenaga berkekalan dan mampu menahan rasa lapar.

haaa....dah tau kan sekarang semua fungsi2nya.....jadi kepada kawan2 yang masih mencari2 apa suplemen yang bersesuaian setelah memakan vitamin basic klinik dan tidak memberi tindakbalas yang baik, boleh mencuba suplemen shaklee ini.InsyaAllah.....saya juga mengamalkan meminum ESP setiap hari untuk membekalkan tenaga selain tu....kulit pun cantik.itu bonus dari meminum esp..hehehe...2 dalam 1 lah katakan...alhamdulillah strecthmark pun kurang kali ni..

untuk dapatkan set ini boleh menghubungi saya di talian berikut...saya pengedar shaklee seremban...dan juga seluruh Malaysia....

call/sms/whatsapp: 011-10815355 (maizun)
facebook: maizun abdullah
page: E-Nutrisi Shop
http://maizun1982.blogspot.com









Khamis, 28 Ogos 2014

Sihat dengan coqhealth plus

Assalamaualaikum....

hari ni saya nak kongsikan tentang satu lagi vitamin yang sangat bagus untuk kesihatan kardio kita..vitamin tu adalah...coqhealth plus...

# Coqhealth plus ni mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg Coq10 dengan vitamin E dan estrak teh hijau yang di datangkan didalam kapsul bioketersediaan minyak kacang soya. ini adalah bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.

APA KELEBIHAN VITAMIN E, COQ10 DAN ESTRAK TEH HIJAU NI YE.....

# VITAMIN E  ~ Menjaga kesihatan arteri dan mengurangkan pengoksidaan( kurangkan pembentukan plak)

# COQ10  ~  Membantu mengitar dan menjana semula vitamin E untuk memberi perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel2 tubuh.

# estrak teh hijau  ~ Menghalang penggumpalan darah dan menjaga kesihatan endothelium.( membantu pengaliran darah yang bagus)

jeng...jeng...jeng....ini lah coqhealth tu.....


Ianya bukan sekadar untuk kesihatan jantung ye.....banyak lagi keperluan coqhealth ni yang kita tak tahu...haa jom lihat siapa lagi yang perlukan coqhealth ni...

1) Individu yang mempunyai masalah kekurangan coenzime Q10 sangat memerlukannya....kerana mereka akan merasa cepat letih, lemah dan sawan.Jadi coqhealth dapat membantu mengurangkan risiko ini.

2) Individu yang ada masalah darah tinggi : Coqhealth dapat membantu menurunkan tekanan darah.

3) Individu yang ada masalah jantung: Coqhealth menyokong penghasilan tenaga bagi jantung.

4) Individu yang bermasalah kulit kusam : Coqhealth berkesan dalam membaiki peredaran darah dengan membekalkan oksigen dan nutrisi serta membentuk sel baru.

5) Individu yang ada masalah migrain: coqhealth dapat menurunkan kekerapan berlakunya migrain kerana ianya dapat meningkatkan peredaran darah.

6) Individu yang berpenyakit parkinson : Coqhealth dapat membantu meningkatkan tenaga sel yang lemah menjadi aktif dan melawan radikal bebas dalam badan.

banyakkan kegunaan coqhealth ni....anda yang mana satu...perlukan coq10 ni....boleh je....hubungi je saya SID anda....saya pengedar shaklee seremban....bagaimana cara nak hubungi saya....

call/sms/wssap : 011-10815355 (maizun)
facebook: maizun abdullah
like fanpage saya: E-Nutrisi shop
selalu la lihat blog saya: maizun1982@blogspot.com.my

sekian dulu untuk kali ni yer....insyaAllah...klu ada masa saya update lagi....kalau nak tau kebaikan coq10 ni tunggu sambungannya nanti...





Jumaat, 14 Februari 2014

MAKANAN PENGARUHI KESIHATAN KULIT

Apakah jenis makanan yang diperlukan untuk tampil menarik??? Haaaa.....jangan risau saya akan senaraikan di sini beberapa makanan yang perlu diambil..yang mana dapat membantu memperbaiki keadaan kulit kita, sekaligus memberi manfaat tambahan utntuk tubuh kita.

1) kekacang 

Contoh: Badam, gajus, kacang hazel, kacang pecan

Nutrisi: Vitamin E

kebaikannya:

Kekacang sering disifat­kan snek berkhasiat kerana kandungan antioksidan yang tinggi. Vitamin E yang terkandung di dalamnya membantu mengatasi radikal bebas yang mengakibatkan kesan penuaan pada kulit, selain melindunginya daripada selaran ultra lembayung (UV).

Vitamin E juga membantu mengekalkan lembapan dalam kulit, menjadikannya lebih anjal dan tampil lebih berseri.

Menggandingkan vitamin E dengan selenium boleh meningkatkan kebolehan antioksidan yang ditawarkan­nya.

Jadi apabila diri ingin mengunyah kudapan, ambil hidangan badam yang dicampur bersama keju cottage (sumber selenium) sebagai satu cara pemulihan kulit.

Kacang pistasio dan walnut juga menawarkan khasiat lemak omega-3 yang sememangnya baik untuk kulit.


Nutrisi shaklee: Vita-E complex

# Menolong melawan penuaan pra-matang pada kulit
# Mengurangkan risiko sakit jantung
# Menyokong prestasi otot & mempercepatkan pemulihan
# Antioksidan

2) Sayuran

Contoh:
 Bayam, selada Rom, chard Swiss, kubis daun dan lobak.

Nutrisi: Lutein, beta karotena, vitamin A.

Kebaikannya:
Kulit adalah organ terbesar tubuh. Justeru apa yang baik untuk seluruh tubuh juga baik untuk kulit kita. Dalam banyak ­pilihan makanan, tiada yang dapat menandingi sayur-sayuran. 

Sayuran berwarna jingga-merah seperti lobak, keledek dan bayam kaya dengan beta-karotena. Tubuh kita menukarkan beta-karotena ini kepada vitamin A yang bertindak sebagai antioksidan bagi mencegah kerosakan sel serta penuaan pramatang.

Dalam sesetengah kes, vitamin A memberi manfaat sebagai antijerawat dan banyak digunakan dalam produk akne (dikenali Retin-A).

Sayuran hijau lain menawarkan khasiat yang membantu kulit menghasilkan sel baru lalu menyingkirkan yang lama. Ia juga mengurangkan kekeringan dan menjaga kulit agar sihat, cerah dan anjal.


Nutrisi Shaklee: Carotomax

# Sumber vitamin A daripada buah-buahan dan sayur-sayuran

# Menggalakkan kesihatan mata,prostat, serviks, paru-paru, jantung dan pertumbuhan tisu dalam jangka masa panjang.
# Membantu dalam memelihara kesihatan kulit.
# Membekalkan lebih 13mg daripada karotenoid yang paling berkhasiat kerana mengandungi ekstrak yang unik daripada tomato, biji benih anggur, minyak palma, bunga marigold dan brokoli bertunas.
# Sumber karotenoid utama dalam setiap kapsul carotomax adalah: Beta karotena dalam hidangan 102 pisang, Lycopena dalam hidangan 714 aprikot, Lutein & zeaxanthin dalam hidangan 285 limau gedang, Alpha karotena dalam hidangan 89 rasberi dan Astaxanthin dalam 1 hidangan ikan salmon.


3) Makanan laut

Contoh:
 Salmon, sardin dan tiram.

Nutrisi: Asid lemak omega-3 dan zink.

Kebaikannya:
Ramai kalangan kita pernah dengar bahawa makanan laut sememangnya baik untuk kesihatan fizikal dan mental, lalu tidak hairanlah ia menjadi komponen utama dalam rejim diet dikenali sebagai ‘Diet Mediterranean’.

Nutrien utama pada ikan sememangnya baik untuk penampilan kulit cerah. Pengambilan omega-3 dalam makanan laut ini membantu mengurangkan kekeringan dan menghindarkan masalah radang kulit.

Keradangan berupaya membuatkan kulit tua lebih awal daripada sepatutnya dan kajian mendapati kekurangan omega-3 akan menyumbang kepada masalah radang seperti ekzema dan psoriasis.

Asid lemak omega-3 juga membantu menjaga saluran darah jantung, sekali gus meningkatkan peredarannya. Peredaran yang baik penting untuk kesihatan kulit.

Zink membantu mengatasi jerawat kerana ia membabitkan metabolisme testosteron yang memberi kesan kepada pengeluaran bahan berminyak dikenali sebum punca utama jerawat. 

Zink tidak ketinggalan membantu pengeluaran sel dan menyingkirkan kulit mati lalu memberikan hasil kulit lebih berseri.
Nutrisi Shaklee: Omega guard & zink


4) Buah-buahan

Contoh:
 Strawberi dan buah-buahan sitrus.

Nutrien: Vitamin C dan serat.

Kebaikannya:
Vitamin C adalah bahan utama dalam produk kecantikan khususnya krim pelembap dan tabir suria. 

Vitamin ini membantu meng­galakkan penghasilan kolagen yang berupaya memperbaiki struktur kulit lemah.

Kolagen mulai lemah kala usia meningkat 30-an yang menyebab­kan kulit hilang keanjalan lalu memudahkan penampilan kedutan dan bintik hitam.

Mengambil vitamin C menerusi makanan seperti oren, limau gedang, ceri Acerola (sebiji ceri Acerola membekalkan 100 peratus sumber vitamin C yang diperlukan dalam sehari) dan tomato membantu menganjalkan semula kulit dan mengurangkan garis kedutan.

Vitamin C juga berupaya menentang keradangan dan sumber antioksidannya membantu meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel kulit. 

Lada benggala dan tauge turut mengandungi vitamin C yang sama jumlahnya seperti dalam buah-buahan.
Nutrisi shaklee: SR Vita-C Plus & Chewable Vita-C Plus


5) Bijian penuh

Contoh:
 Roti dan pasta.

Nutrisi: Serat, folat, magnesium dan riboflavin. 

Kebaikannya: 
Secara amnya, bijian penuh berbanding karbohidrat yang diproses dapat memperbaiki struktur kulit. Tepung yang diproses (atau diperhaluskan) boleh menyebabkan peningkatan insulin, sekali gus menggalakkan akne. 

Sebaiknya pilih roti gandum penuh dan bukannya roti putih, sementara gandum kuda atau buckwheat bertindak sebagai antioksidan yang membantu mengatasi masalah membabit­kan keradangan kulit.

Germa gandum pula ­memberikan khasiat biotin vitamin B yang membantu ­pemprosesan sel lemak. Jika tubuh kekurangan biotin, kulit boleh menjadi kering dan bersisik.

Menggantikan tepung pemprosesan biasa dengan tepung gandum kuda adalah langkah bijak kerana ia juga membantu mengurangkan risiko diabetes.
Nutrisi Shaklee: Meal shake, Chinch shake, ESP soy protein isolate powder
# Untuk order nutrisi shaklee boleh hubungi saya di talian berikut ye....

pm/sms/whatsapp:
011-10815355 | maizun
019-9335355 | eddy
facebook: maizun abdullah
fanpage: E-Nutrisi Shop

PILIHLAH YANG MANA BERKENAN.....

Assalamualaikum...

Di sini saya kepilkan senarai harga yang boleh menolong anda membuat pilihan.Ianya terkandung pelbagai jenis vitamin yang di perlukan oleh anda.saya bukannya apa...saje nak memudahkan anda...



~ Sekiranya anda berkenan dan ingin mengorder...anda boleh hubungi saya melalui..

pm/sms/whatsapp:
011-10815355| maizun @
019-9335355| eddy
facebook: Maizun Abdullah
fanpage: E-Nutrisi Shop

~ proses selanjutnya anda kena bank in bayaran dahulu barulah saya proceed order anda.Saya menggunakan konsep bayar hari ini....esok pos. Anda tidak perlu bimbang kerana barangan anda akan selamat sampai ke tangan anda dengan pos laju.manakala yang dekat saya akan cod namun juga selepas pembayaran dibuat.

~ Area COD saya adalah seremban, senawang, paroi, pantai, ampangan dan taman2 sekitarnya.

~ Consultasi dan cara pemakanan percuma akan diberikan kepada anda.

Terima Kasih ya kawan2 .....kerana mempercayai dan sudi membeli dengan dengan saya.Saya akan cuba memberikan servis yang terbaik untuk anda.

Borang Maklumbalas

Nama

E-mel *

Mesej *