Selasa, 17 November 2015

cadangan pemakanan sunnah untuk wanita lepas bersalin

Assalamualaikum semua....

Bagi bakal ibu di luar sana mesti sedang tercari-cari produk apakah yang nak dibeli atau guna masa lepas bersalin nanti kan....terutama sekali bagi ibu yang baru nak menerima cahaya mata sulong kan....jangan risau ye bakal ibu...saya akan tolong anda semua dengan memberi sedikit cadangan...macam-macam produk dipasaran sekarang kan...rambang mata kalau nak memilihnya...

ok lah..apa kata kali ini ibu-ibu memilih habbatus sauda', grapeseed oil, vco/minyak zaitun, serta susu kambing sebagai minuman harian. Jom kita tengok cara makan ye...


Pemakanan sunnah ini sangat bagus dan tidak memudaratkan...disamping itu juga ianya tiada bahan kimia dan yang pastinya keluaran bumiputera islam kita..jadi gunakan tanpa was-was..

macam mana dan di mana nak dapatkan ni...haaa....follow je maklumat ni ye...

boleh dapatkan daripada saya...
call/wassap: 011-10815355

#saya juga jual shaklee




Rabu, 9 September 2015

VITA - LEA FOR CHILDREN

Assalamualaikum.....

hari ni nak kongsi pasal vita lea untuk budak2 pulak..kenapa ye mesti kongsi? ye la...budak2 sekarang kan suka makan makanan yang tak berkhasiat macam jajan tu....jadi nak bagi nutrisi pada diorang kena la ambik multivitamin & mineral ni baru la cukup untuk keperluan tubuh mereka untuk membesar.

jadi..mana yang saya tahu..saya kongsikan disini....formula ini mengandungi mikronutrien berspektrum luas..Ianya dicipta berteraskan kajian sains pemakanan yang telah dijalankan lebih 100 tahun serta bersandarkan panduan kepakaran pakar pemakanan dan saintis shaklee sendiri.

Untuk pengetahuan semua setiap tablet vita-lea ini mengandungi :

# vitamin c 60mg  = 6 oz oren
# vitamin d 400IU = 8 oz susu

# vitamin E 30IU = 10 sudu mentega kacang
# folic asid 400mcg = 4 cawan brokoli di masak

# iron 6 mg = 1setengah cawan bayam di masak
# zink 5 mg = 3 cawan kacang di masak
# magnesium 40mg = 6 cawan setengah brussels sprouts

kenapa kita perlu berikan vitalea ni kepada anak kita?

# Vitalea membekalkan 18 vitamin dan mineral yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan normal kanak-kanak.

# Rumusannya tidak merosakkan gigi yang dirumus dengan pemanis asli xylitol yang tidak menyebabkan kaviti.

# Perisa anggur yang enak sedap dikunyah...wow..gummy..gummy..pasti di gemari oleh kanak2..macam jeli.

# paling efektif, tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan dan juga pengawet.


kesihatan anak2 adalah yang paling utama....anak sihat kita pun senang hati dan gembira kan..ye la tengok mereka bermain berlari macam2 lagi gelagat..Jadi..buang la rasa sedikit kedekut dalam diri kita tu untuk beli vitamin ni untuk anak kita..kat mana ye nak dapatkannye...follow this:

Boleh dapatkan dengan saya sendiri as SID  shaklee...boleh call/wsap no. ni ye...011-10815355

facebook: maizun abdullah
Fanpage : E-Nutrisi shop

Selain tu anda akan dapat penerangan secara percuma dengan saya tentang produk shaklee..exp; cara makan, khasiatnya..

kepada yang sudi berurusan dengan saya terima kasih sangat..sama2 lah kita bervitamin demi kehidupan yang sihat..

Rabu, 26 Ogos 2015

VIVIX SUPLEMEN ANTI PENUAAN

Setiap hari sel tubuh kita diserang hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA.Oleh itu, shaklee telah menemui dalam kajian klinikalnya yang menunjukkan ramuan aktif vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap selular.

kesan vivix kepada 4 mekanisme utama:

1) Melindungi dan membaiki selular DNA
2) Memberi impak positif kepada pengawalan genetik.
3) Menggalakkan pembentukan baru mitochondria
4) Melambatkan pembentukan protein AGE

Selain itu, vivix juga menolong menjaga/memelihara:

# kesihatan jantung
# kesihatan otak
# kesihatan sistem imun
# kesihatan sendi
# perlindungan anti oksidan
# peningkatan tenaga, kesihatan dan kesejahteraan

inilah dia vivix yang popular tu....


jadi...kalau nak sihat dan nampak berseri luar dan dalam...mesti ambil vivix ni..Rasanya pun sedap...macam buah anggur je...kat mana nak dapatkan ni ye.....haaa...tak perlu risau..just contact me and follow je..

call/wsap: 011-10815355
 facebook: maizun abdullah
fan page : E-Nutrisi shop




Khamis, 20 Ogos 2015

TAMAR KOKO...JOM AMALKAN PEMAKANAN SUNNAH..

Assalamualikum...w.b.t

pengumuman.....Mai Nutrisi Sihat juga ada membekalkan tamar koko yang sedapberasaskan buah kurma sekarang selain daripada produk kesihatan shaklee....tamar koko ni memang bagus untuk tenaga dan minda kita....

kenapa saya kata bagus? sebab..kurma ni banyak khasiatnya...

# Apabila kita mengambil minuman ini setiap pagi ianya memberi tenaga segera kepada badan kita kerana kurma mudah dan pantas diproses oleh anggota pencernaan kita.

# kurma juga kaya dengan serat dan potassium

# selain itu...ianya baik untuk minda kerana ia penguat memori..para al-hafiz pun suka makan kurma kan...jadi minuman ini bagus untuk kuatkan daya ingatan.

# Baik untuk wanita mengandung dan bersalin.

# Menolong mengubati gangguan usus dan sembelit

# kurma juga merupakan penawar racun..



Sepanjang saya minum tamar koko ni tak pernah lagi sembelit...membuang pun lawas je..hahaha....sekali minum terus jatuh cinta......

harganya pun berpatutan iaitu rm 22 untuk 900gram.........memang berbaloi - baloi..sesiapa yang nak order boleh contact / wsap saya ye...011-10815355

Rabu, 15 April 2015

BISKUT KELAPA DELIMA

Bahan Utama:-
225 g tepung jagung (cornstarch)"Brown & Polson"*
150 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
125 g gula aising
75 g kelapa kering, kisar halus
25 g serbuk badam
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
1/2 camca teh esev vanilla
155 g mentega
Untuk Hiasan:-
Ceri merah, dipotong kecil
Kelapa kering
1 kuning telur, untuk disapu
Cara membuatnya:-
Serbuk badam dan kelapa yang dikisar halus tadi digaul bersama2 tepung yang telah diayak. Ketepikan.
Dalam mixing bowl, masukkan telur, gula aising dan esen vanilla, pukul hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Peringkat ini adunan akan menjadi seakan2 serbuk roti.
Perlahankan speed, dan masukkan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi hingga adunan bertukar menjadi doh yang lembut dan boleh dicanai. Keluarkan doh dari mixer, bulat2kan dan tutup dengan tuala lembap.
Bahagikan doh tadi kepala 3 bahagian. Ambil satu bahagian dan canai diantara dua helai plastik menggunakan torak (alat penggelek) setebal 1/2 cm, terap ikut acuan kegemaran dan alihkan ke dulang pembakar. Buat hingga siap.
Sapu kuning telur, hias ceri potong dan tabur sedikit kelapa kering. Bakar pada suhu 150C selamat 10 - 12 minit. Angkat dan alihkan biskut atas jaringan. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

# boleh buat untuk raya ni...ermmm....best..best.....

Selasa, 14 April 2015

seri muka

Seri Muka
BAWAHNYA
2 cwn pulut
2 cwn santan
sedikit garam
1 camb tepung gandum
(gaulkn semua & tanak) **mampatkn
ATAS
3 cwn santan
1 cwn tepung gandum
3 camb tepung jagung
1/2 cwn gula (tp tepulang pd tekak msing2 ye)
2 biji telur ayam
sedikit garam
perisa pandan & pewarna hijau
** blanderkn semua... kacau dlm kuali jap agak2 nak kilat je terus tuang atas pulut tadi......
** pastikn air kukus dh didih ye....
Selamat Mencuba !!

aloe vera dan kencing manis

Kat rumah kita biasanya ada saje kan pokok aloe vera ni sebagai perhiasan....yang kita tahu hanya untuk buat facial kat muka...untuk melembapkan muka..tapi khasiatnya untuk penyakit kencing manis kita tak tahu....Untuk pengetahuan semua.....

Pokok Lidah buaya (aloe vera) telah dijadikan Allah s.w.t. untuk memerangkap air dan menyimpannya di dalam "tangki" yang besar yang terdapat pada daunnya yang keras dengan kulit yang tebal. Air yang terkumpul diubah kepada bentuk jeli. Jeli inilah yang memberi khasiat pengubatan untuk kegunaan manusia. Apabila daunnya beranggapan ia hanya pokok hiasan di halaman rumah atau taman. Pada hal, aloe vera sangat berfaedah udikerat, dalam masa beberapa jam jeli ini akan bertindak membaluti bahagian yang dikerat dengan sendirinya. Maka bahagian jeli yang terdedah tadi akan terlindung dari serangan bakteria. Begitulah ia bertindak untuk memelihara kulit manusia apabila terluka. Ramai orang masih beranggapan lidah buaya hanya sekadar untuk memelihara kulit dari kesan pembakaran matahari, ada juga ntuk kegunaan luaran mahupun dalaman.

haaaa......tak sia-sia kan tanam pokok ni....ada gunanya....sebagai penyejuk badan pun boleh juga....klu nak ubat moden pun boleh....set diabetes shaklee amat berguna untuk mengatasinya..



011-10815355-------------------------------> call/wsap jer no. ni klu nak order ye....
facebook----------------------------------> maizun Abdullah (klu nk tahu info terkini)

testimoni: ibu mertuaku....kencing manisnya udah ditahap boleh kontrol dengan mengamalkan vitamin ini...pergi check up kat klinik pun dah tak risau sebab ianya under control.doktor pun tak bising lagi suruh kawal makan..

# saya jual shaklee
# pengedar shaklee jerantut
# kawasan cod --------> jerantut, tekam,jengka, PPPTR( felda research), lepar


Jom Try coklat chip cookies....

Famous Amos Chocolate Chip Cookies - ( Cookies Monster smile emoticon )
Bahan²
1 cawan gula kastor/halus - saya tukar dgn 1/2 gula perang 
1 cawan gula perang 
1 cawan mentega
1 cawan minyak
1 biji telur
1 sudu besar susu segar
4 cawan tepung gandum*
secubit garam
1 sudu kecil cream of tatar*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 cawan walnut cincang - kali ni saya guna 1 Cawan badam cincang
2 cawan semisweet chocolate chip
1 sudu kecil esen vanila
Yg bertanda ( * ) bahan saya ayak dulu..
Cara²
Pukul gula, mentega, minyak, telur, susu dan vanila hingga sebati.Saya gaul guna whisk je. *nak guna mixer pon boleh tp jgn pukul lama.
Masukkan tepung gandum, garam soda bikarbonat, walnut dan coklat chip
Adunan memang lembik...sudukan satu sudu kecil diatas dulang pembakar...jarak²kan sket sebab nanti kukis akan mengembang sket....dulang tak perlu gris..
Bakar pada suhu 350 'F (175 c) dalam 10-15 minit atau sehingga masak bergantung pada jenis oven..
Setelah kukis perang, angkat dan sejukkan diatas redai sebelum dimasukkan dalam bekas kedap udara.
Selamat Mencuba smile emoticon

menjadi pengedar shaklee jerantut sudaaaa....:-)

Assalamualaikum.......

Hai blogger semua....lamanya tak mengupdate blog..huhu...busy sangat sejak kebelakangan ni..dah bersawang blog i ni.....

alang2 saya dah terbuka semula ni saya nak war-war kan di sini bahawa saya sekarang berada di jerantut dan menjadi pengedar shaklee di kawasan jerantut pulak yer....orang-orang jerantut meh la order dengan ork....rodong2 semua...roger je ork di talian 011-10815355...hehe..jangan malu2 ye....terutama kawasan jengka,tekam,lepar dan kawasan sewaktu dengannya....

Tapi untuk tempat lain pun saya ambik order juga....saya akan poskan dengan pos laju..jgn risau ye....

# saya pengedar shaklee jerantut
# nak vitamin sihat meh order dgn mai nutrisi sihat.
# macam2 set vitamin ada....
# nak tau info terkini lawati facebook saya maizun abdullah

Khamis, 6 November 2014

MANFAAT KOENZIM Q10 KEPADA JANTUNG

Tisu otot jantung adalah menakjubkan ...otot2 jantung tidak tahu berehat dan tidak pernah penat mengepam darah melalui saluran darah sepanjang 60,000 batu. Jantung berdegup sebanyak 72 degupan setiap 1 minit, 100,000 degupan setiap hari tidak henti2 selagi kita masih hidup. Badan kita mengeluarkan semua tenaga yang diperlukan oleh jantung. tapi....bila kita semakin berumur, sistem enzim kita menjadi perlahan dan tenaga yang dibekalkan juga akan berkurang. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, kita mungkin akan jatuh sakit.

Di mana dan bagaimana tenaga dikeluarkan dalam jantung?

# Didalam setiap sel yang bertrilion banyaknya itu, terdapat loji2 penjana tenaga yang dikenali sebagai mitokondria. Reaksi biokimia yang kompleks berlaku didalam mitokondria untuk menukarkan makanan menjadi tenaga kimia ( adenosin trifosfhat @ ATP). ATP merupakan sejenis molekul yang mengandungi tenaga tersimpan seolah-olah seperti sebuah bateri yang diperlukan oleh sel2 untuk berfungsi dengan licin. Koenzim Q10 (coQ10) merupakan pemain yang penting dalam proses pengeluaran ATP dan tanpa coQ10, tenaga tidak akan dapat dikeluarkan. Maka tidak hairanlah jika otot jantung yang merupakan suatu tisu yang paling aktif mengandungi 10 kali ganda lebih banyak coQ10 berbanding organ lain.

#  Tapi malangnya, pengeluaran coQ10 oleh badan kita menjadi perlahan apabila kita semakin berumur. Apabila umur kita mencecah 40-an, kita mempunyai 40% kurang coQ10 berbanding semasa berumur 20-an. Apabila kita berumur 70-an pula kita akan kekurangan 60% coQ10.

Kesensitifan tisu otot jantung terhadap paras coQ10 yang rendah.

~ Semua sel memerlukan coQ10 tetapi sesetengah daripadanya adalah lebih sensitif terhadap paras coQ10 yang rendah. Beberapa sel, tisu atau organ mungkin mengalami rendah coQ10 tetapi masih lagi dapat berfungsi dengan baik. Namun sel, tisu @ organ yang lain mungkin amat sensitif terhadap kekurangan coQ10 walaupun kekurangan itu sedikit sahaja dan ia boleh membawa kepada kelemahan, keletihan dan beberapa penyakit yang lain. Organ yang sensitif terhadap paras coQ10 yang rendah ialah jantung, sistem imun, otak dan tisu2 gusi. manakala jantung adalah organ yang paling sensitif sekali. Sebab itulah penyakit jantung merupakan penyakit yang tersenarai paling atas sebagai suatu penyakit pembunuh utama.

~ Tetapi tenaga dapat dikembalikan kepada sel2 dengan mengambil suplemen coQ10.

Sumber CoQ10

# Walaupun coQ10 boleh didapati secara semulajadi dalam banyak makanan seperti daging lembu dan sayuran, jumlah coQ10 dalam makanan ini adalah sangat kecil. Adalah sukar untuk memperolehi lebih daripada 5 miligram coQ10 sehari daripada makanan kita. Oleh itu, cara yang terbaik adalah tambahkan coQ10 dalam badan kita dengan mengambil suplemen. 

Suplemen Shaklee yang dapat membantu...

# Coqhealth plus merupakan suplemen shaklee yang dapat membantu menambahkan dan mengekalkan paras CoQ10 didalam darah.
# Selain itu, ianya juga menyokong penghasilan tenaga bagi jantung dan meningkatkan peredaran darah.
# Di samping itu, menggalakkan dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL


Keistimewaan CoQhealth..

# CoQhealth plus mengandungi ke semua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg coq10 dengan vitamin E dan ekstrak teh hijau yang didatangkan didalam kapsul bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.



Macam mana nak dapatkannya??

#  Saya adalah pengedar shaklee seremban....boleh dapatkan daripada saya dengan menggunakan talian berikut ye....

call/sms/wsapp: 011-10815355 (maizun)
facebook: maizun abdullah
fanpage: E-Nutrisi shop ( jangan lupa like ye.....)

# Beritahu sahaja suplemen apa yang anda mahukan...saya akan order secepat mungkin ye....
# penghantaran melalui pos laju ke seluruh malaysia, sabah n sarawak...



Jumaat, 17 Oktober 2014

COLLAGEN

Apa itu kolagen?

~ Merupakan tisu penyambung yang membantu dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, rambut, kuku, ligamen, otot, tulang, sendi, tendon, mata, gusi dan saluran darah.
~ kolagen banyak membantu kecantikan dan kesihatan, anti-penuaan, mencegah penyakit dan meningkatkan kesihatan badan.

Kesan Kehilangan Kolagen

~ Rambut menjadi kering dan bercabang dihujung.
~ Garis2 kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, eyes bag dan penglihatan kabur akan terjadi.
~ Gusi yang tidak sihat.
~ Liang roma menjadi lebih besar, pigmentasi, jeragat dan kulit kekuningan.
~ Garis halus akan kelihatan pada leher.
~ Payudara dan punggung kelenturan
~ Kulit hilang keanjalan iaitu lebih kering, kelihatan tua daripada umur sebenar dan organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan.
~ Kuku senang pecah, pudar dan kekuningan.
~ Kehilangan kalsium, sakit belakang dan sakit sendi.

Kolagen shaklee

~ Shaklee collagen powder merupakan suplemen kolagen yang mengandungi 4000mg proprietary RSS ( red shapper scale) collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Ia juga dicampur dengan 7 bahan utama seperti ekstrak biji benih camellia japonica, ekstrak pfaffia, kolagen ikan, ekatrak kerang-kerangan, lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang memberikan pelbagai khasiat.

Kebaikan kolagen

1) Mengembalikan keanjalan kulit.
2) Meningkatkan pergerakan 
3) Menyuburkan rambut.
4) Menegangkan payudara dan punggung
5) Mencerah dan mengurangkan pigmentasi serta jeragat.
6) Melembapkan dan mengurangkan kekeringan kulit.
7) Anti-penuaan.

Perbezaan Shaklee

~ Shaklee RSS Colagen terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah  dan menghilangkan kedutan.
~ Selepas menggunakannya selama 8 minggu, hasil menunjukkan tekstur keseluruhan kulit menjadi lebih baik iaitu meningkat sebanak 71%.

Cara makan

~ campurkan 1 sachet collagen bersama sebarang minuman kegemaran.
~ Sebaiknya diambil pada waktu malam kerana waktu malam adalah waktu pembinaan semula kulit.
~ Jika sudah ambil ESP @ meal shake, boleh dibancuh bersama.
~ Untuk kesan lebih optimum, disaran ambil 1 sachet setiap hari.

Oh ya....collagen juga boleh diambil oleh ibu menyusu ye...tapi sekiranya berlaku kesan kesan sampingan terhadap anda dan juga bayi jangan diteruskan pengambilan.Sekiranya badan boleh menerima alfalfa, ini bermakna ianya juga dapat menerima kolagen.

Bagaimana nak beli?

mudah saja....anda boleh menghubungi mana2 talian berikut....saya pengedar shaklee seremban ye...juga pengedar ke seluruh semenanjung dan sabah sarawak jika ada yang memerlukan...


call/sms/wsapp: 011-10815355 @ 019-9335355
facebook: maizun abdullah
fanpage: E-Nutrisi Shop


# konsultasi percuma hanya akan diberikan kepada customer saya sahaja yer....



Khamis, 16 Oktober 2014

MEAL SHAKE SHAKLEE

Meal shake menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan harian.Ianya adalah daripada bahan semulajadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain2. Meal shake ni sangat membantu bagi kanak2 yang kurang mempunyai selera makan.

Apa itu lactalbumin?

~ Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisme protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa. Ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya..

Siapa yang memerlukan meal shake?

~ Meal shake adalah untuk semua golongan - bayi, pelajar, orang dewasa, kanak2 yang sedang membesar, ibu mengandung, para atlet, vegetarian, oarang sakit, orang yang sibuk bekerja, orang yang suka mengambil makanan segera.
~ Meal shake adalah pilihan yang terbaik untuk sarapan pagi yang berkhasiat bagi mereka yang mengejar masa.

Kebaikan Meal Shake

~ Sebagai nutrisi lengkap - menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan penyerapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lecitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.

~ Membekal nutrisi kepada sel tubuh - kaya dengan protein ( tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel2 kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain2.

~ Membantu tumbesaran - Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel2 untuk proses pembesaran.

~ Anti-oksida - mengandungi vitamin A,C,E, zink,selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.

~ Mengembalikan seri wajah - mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel2 darah merah yang sihat sekaligus memberikan kompleksi wajah atau kulit yang lebih cantik.

~ Detoksifikasi - Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.

Oh...ya kawan2...meal shake ni rasanya sangat lazat, tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan.


Cara penyediaannya:

~ Campurkan 2 sudu besar meal shake bersama ESP dan Performance Drink ( perut kosong) atau diminum begitu sahaja tanpa campuran.
~ boleh juga dikisar dengan buah-buahan kegemaran.
~ lazat diminum dalam air sejuk mahupun panas.


# hanya 120 kalori untuk setiap hidangan.

kepada kawan2 yang ingin mencuba meal shake ini atau yang sedang mencari2 makanan tambahan untuk anak2 boleh lah hubungi saya di talian berikut ye....saya pengedar shaklee seremban...

call/wsapp: 011-10815355
facebook: maizun abdullah
fanpage: E-Nutrisi Shop

# konsultansi percuma akan diberikan kepada customer saya sahaja ye....
# bulan ini...oktober 2014 adalah promosi meal shake ye...buy 3 free 1...tp nak beli satu pun boleh...harga biasa RM113.75

Selasa, 30 September 2014

BAHAYA KEKURANGAN ZAT BESI

Apa Itu Zat Besi?

~ Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.


~ Kebanyakkan wanita hamil mengalami rasa letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah. Namun mereka menganggapnya perkara biasa sahaja dan sering mengabaikan keadaan tersebut. Mereka menganggap ini semua adalah di sebabkan oleh perubahan hormon, namun sebenarnya ia adalah tanda2 anemia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat bekalan zat besi yang mencukupi.


~ Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Premitha Damodaran, berkata ramai yang masih tidak tahu bahawa masalah kekurangan zat besi yang serius adalah merbahaya. Ianya boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada ibu bahkan tururt memberi kesan kepada bayi yang dikandungnya. Wanita bukan sahaja perlu mengambil zat besi secukupnya semasa hamil, tetapi ia juga penting sebelum proses mendapatkan zuriat. Zat besi menjadi lebih penting selepas melahirkan anak dan sepanjang tempoh menyusukan anak.


Bagaimana untuk mengetahuinya?


~ Apabila  bilangan sel darah merah kurang daripada normal ( 12-15mg/dl ), risiko untuk mendapatkan animia adalah tinggi. Ianya dikenali sebagai anemia kekurangan zat besi.


~ Jadi, wanita yang mengahadapi risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri semasa hamil dan selepas melahirkan anak dengan mengawasi kandungan darah merah mereka.


Apakah puncanya?


~ Diet yang tidak cukup zat besi

~ Penyerapan rendah oleh badan
~ Kesan sampingan ubat tertentu
~ Keadaan genetik
~ Kehilangan darah yang teruk
~ Kehamilan

Berapa banyak zat besi yang diperlukan oleh wanita hamil?


 ~ Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi meyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga untuk tumbesaran bayi.


~ Mereka memerlukan kira-kira 50% lebih banyak zat besi iaitu pertambahan jumlah daripada 15mg/dl kepada 27mg/dl sehari.


~ Wanita hamil yang mempunyai kepekatan darah lebih daripada 11mg/dl adalah normal. Manakala 9mg/dl hingga 11mg/dl menunjukkan masalah anemia ringan.7g/dl hingga 8.9g/dl pula anemia sederhana.Bacaan yang menunjukkan kurang daripada 7.0 mengalami masalah anemia tahap teruk.


Siapa yang berisiko mengalami anemia selepas bersalin?  


~ Mereka yang disahkan menghidap anemia kekurangan zat besi semasa hamil

~ Mereka yang mengalami kehilangan darah yang banyak semasa bersalin
~ Mereka yang sudah beberapa kali melahirkan anak.
~ Ibu yang menyusukan bayi.

Kesan anemia terhadap kehamilan


~ Risiko keguguran

~ Kelahiran pra-matang
~ Bayi kecil
~ Koma
~ kebarangkalian ibu meninggal.

Bagaimana untuk tingkatkan zat besi?? Lebihkan Makanan yang kaya zat besi.....


~ Ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, tembikai, labu, bijan dan tauhu.


~ Selain itu, dalam kebanyakkan kes juga, doktor menyarankan agar mengambil suplemen zat besi yang rumusannya boleh diterima oleh badan. ianya penting untuk memulihkan kekurangan hemoglobin & mengoptimumkan penyerapan zat besi disamping mengurangkan kesan sampingan seperti sembelit.


~ Bagi meningkatkan keberkesanan terapi zat besi, ibu hamil disyorkan mengambil zat besi, folat, kuprum dan zink bersama makanan untuk mengurangkan kesan rencatan.


~ Vitamin C disyorkan diambil bersama makanan kerana diketahui meningkatkan penyerapan zat besi .


~ kalsium perlu dielakkan diambil bersama zat besi kerana jika diambil bersama ianya akan mengurangkan penyerapan.


~ Menurut Dr.Premitha, kita perlu terus mengambil pemakanan yang kaya zat besi sehingga berhenti menyusukan bayi atau selama 6 bulan.


Suplemen Shaklee 


~ Vita lea (iron formula) disyorkan kepada mereka yang mengalami anemia.

~ Ianya dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin & mineral.
~ Hanya 2 biji sehari mampu mengurangkan masalah kekurangan hemoglobin dalam darah.
~ 1 botol hanya RM88 dan tahan selama 6 bulan.
~ Bagaimana untuk dapatkannya......hubungi talian berikut...

( ID: 1019053 )
call/sms/wsapp: 011-10815355/ 019-9335355
facebook: maizun abdullah
fanpage:E-Nutrisi Shop

# Saya juga mengalami masalah ini....alhamdulillah dengan mengambil beberapa suplemen tambahan seperti vitalea, vitamin c, zink, kalsium, Esp, selain daripada iberet folic yang disarankan hemoglobin dalam darah saya sudah meningkat...anda pun cubalah...mana tahu...miracle akan terjadi..

Isnin, 29 September 2014

PERLUNYA ZINK SEMASA HAMIL.

Mesti ada yang tertanya-tanya kan....perlu ke???? of course la perlu dear....untuk pengetahuan semua, zink bertindak untuk pertumbuhan pesat sel. Selain itu, ia juga penting untuk pembaikan dan fungsi DNA serta turut membangunkan unsur2 utama sel semasa kehamilan. Kekurangan zink berkait rapat dengan keguguran, toxemia, kurang berat semasa lahir serta masalah lain semasa hamil dan melahirkan.


Sumber Zink yang boleh di dapati:

~ Kita boleh memperolehi sumber zink daripada beberapa jenis makanan berikut seperti tiram, daging merah, kerang-kerangan, kekacang. Selain daripada makanan ini kita juga boleh mendapatkannya melalui suplemen. Biasanya multivitamin yang di ambil oleh ibu hamil telah mengandungi zink. Namun begitu, pastikan pengambilannya tidak melebihi 40mg sehari.


Ketahui jumlah kandungan zink yang boleh di ambil:

~ 11mg sehari ( bagi ibu hamil berumur 19 tahun ke atas)
~ 13mg sehari ( ibu hamil yang berumur 18 tahun ke bawah)
~ 12mg sehari ( ibu hamil yang berumur 19 tahun ke atas yang telah melahirkan & menyusukan anak)

Kepentingan Zink semasa hamil:

~ Mengelakkan keguguran
~ Mengelakkan strecth mark semasa hamil
~Mengelakkan dari kekurangan berat bayi dalam kandungan.
~ Mengurangkan kecenderungan kepada kencing manis.
~ mengelakkan kurangnya kepekaan deria rasa & bau, hilang selera makan dan daya imun lemah.
~ Memaksimakan perkembangan bayi.

Keistimewaan zink complex shaklee:

~ Zink complex shaklee tahan selama 4 bulan.Selain boleh dimakan semasa hamil ianya juga boleh digunakan semasa berpantang kerana suplemen ini boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka tidak kira bersalin secara normal @ czer. Hanya rm 33.75 sahaja..Bagaimana untuk mendapatkannya? Hubungi saja saya di talian berikut......

call/sms/wsapp: 011-10815355 @ 019-9335355
facebook: maizun abdullah
fanpage: E-Nutrisi shop

# Tips penting

> Zink bertindak secara efektif bersama vitamin A, kalsium dan fosforus.
> Elakkan pengambilan suplemen zink dan zat besi serentak kerana kedua-duanya akan mengganggu aktiviti satu sama lain.

 


Jumaat, 26 September 2014

LECITHIN DAN KEBAIKANNYA UNTUK KESIHATAN,

APA ITU LECITHI?

~ Lecithin merupakan sumber semulajadi daripada kacang soya. Ianya membantu badan menyerap nutrien larut lemak seperti vitamin A, D, K, Beta Carotena.
~ Selain itu, lecithin juga dikenali sebagai Phosphatidylcholine. Ia adalah lemak atau bahan yang terdapat dalam membran semua sel hidup dan berfungsi untuk mengawal keluar masuk nutrien sel.
~ Ia juga merupakan kumpulan Phosopholipids yang juga mengandungi choline. Choline ( kolina) adalah suatu komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kpd otak dan sistem saraf.
~ Akademi Sains Kebangsaan menyatakan yang kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya dalam menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan.
~ Lecithin boleh didapati dalam pelbagai makanan termasuk kuning telur, kacang soya, bijirin, gandum, ikan, kekacang, yis, hati, jus anggur dan kubis.
~ Setiap kapsul membekalkan 3.1g kolina yang kaya dengan lesitina termasuk 468mg fosfatidilkolina dan 282mg fosfatidilinositol.


KEBAIKAN LECITHIN

1) Membantu membakar lemak untuk kesan pelangsingan

2) Membantu tubuh menyerap vitamin A,D, E dan K yang larut lemak.

3) Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress.

4) menghalang pembentukan lemak di hati.

5) Mengemulsi kolestrol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.

6) Membantu merendahkan metabolisme lemak, kolestrol, trigliserid didalam tubuh.

7) Melembabkan usus dan meleraikan toksin dalam usus iaitu mengurangkan masalah sembelit.

8) Menggalakkan peredaran darah serta dapat membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.

9) Melindungi dari serangan virus, germs, bakteria dan melindungi sel dari teroksida.

10) Membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter.

11) Mampu mengurangkan atau mencegah nyanyuk @ alzheimer's disease.

12) Menggalakkan proses tidur @ mencegah punca insomnia.

13) Sangat perlu untuk menghasilkan rambut yang sihat, cantik, berkilat, kulit yang gebu dan mencegah ekzema.

14) Bertindak sebagi pelincir bagi sendi dan membantu dalam penjagaan tisu buah pingggang.


KESAN SAMPINGAN

~ Tidak memberi apa2 kesan jika diambil dalam dos yang rendah iaitu 10-30g sehari.
~ Namun, dos yang lebih tinggi boleh menyebabkan masalah penghadaman, cirit-birit, berat badan, ruam & sakit kepala, loya, muntah, pening dan bau badan hanyir.



# Saya pengedar shaklee Seremban.......perlukan lecithin.....jangan malu untuk hubungi saya dan dapatkan konsultasi serta cara makan dengan percuma sekiranya menjadi pelanggan saya...

ID no: 1019053
call/ sms/ wsupp: 011-10815355/ 019-9335355
fb: maizun abdullah
fanpage: E-nutrisi shop

Khamis, 25 September 2014

Resepi Cream Puff...nyum...

Cream Puff .....herm..sedapnya...
Bahan2 Cream Puff

250ml air

100g Mentega
1sdk Gula Kastor
125gm Tepung Gandum
3 biji telur ~  guna gred B
1/2 sdt garam
Cara Membuat Cream puff
1. Campur gula,air dan mentega. Masak hingga mendidih. Masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu hingga sebati dan tak melekatpada periuk. Sejukkan sebentar.
2. Masukkan telur 1 per 1 dan kacau sebati. Paipkan ke atas dulang pembakaryg telah disapukan mentega.
3. Bakar 15 min pada suhu 180 darjah.
Custard Filling

Bahan-bahan

500ml Susu Segar
1 biji telur
25gm tepung Kastad
30gm tepung Jagung
100gm gula kastor
1 sdk esen vanilla
Cara Membuatnya:-
1. Campur dan gaul sebati telur,gula kastor, tepung kastad, teung jagung dan esen vanilla.
2. Kemudian, tuangkan susu yang telah dipanaskan sedikit dan masak hingga kastad likat. Sejukkan sebentar.
3. Masukkan ke dlm piping bag, paipkan ke dlm belahan cream puff. Kemudian, ayak gula ising ke atas creampuff.
# resepi diambil dari choco shop gift....bila nak buat ni pun tak tau.....hehe...kumpul dulu....waa...bestnye dapat minum petang dengan cream puff ni...

RESEPI MASKER

ASSALAMUALAIKUM....

Ramai tak yang suka bermasker? haaa....hari ni saya nak berkongsi tentang beberapa jenis suplemen shaklee yang boleh dibuat masker. Saya pun suka bermasker ni..Lagi2 kalau muka dah  berminyak dan tumbuh bintik2 serta nampak kusam..tak best tengok muka sendiri...haa..bila dah bermasker rasa segar skit...tegang n licin je....Okey la...ini antara beberapa suplemen tu...

1) VIVIX

2) VIVIX + ESP

3) VIVIX + VITAMIN C

4) VIVIX + COLLAGEN

5) ESP + YOGURT

6) ESP + VITAMIN C

7) ESP + ALFALFA

8) ESP + VITAMIN E

9) ESP + COLLAGEN

10) VITAMIN C + VITAMIN E

11) COLLAGEN + VITAMIN E

12) ESP + VITAMIN E + VITAMIN C

13) ALFALFA

14) VITAMIN C

15) VITAMIN E

Uiiii.......banyak betulkan pilihannya......kalau sesiapa yang dah ada kat umah tu boleh cuba ye....macam mana rasanya.....saya yakin amat memuaskan....tak susah pun nak buat masker ni....just campur air skit dan tempek kan kat muka.Dalam 15-20 minit macam tu atau agak2 dah kering boleh lah basuh...senangkan 2 dalam 1...makan pun boleh disamping tu nak buat masker pun boleh....hahaha....I love this suplemen...anda macam mana......nak cuba juga...boleh....apa2 contact saya ye....saya jual shaklee juga....

maizun ( ID no: 1019053 )
call/sms/ whatsupp: 011-10815355/019-9335355
Fb: maizun abdullah
fanpage: E-nutrisi shop

# Pengedar shaklee Seremban dan seluruh malaysia..




Rabu, 24 September 2014

MEAL SHAKE NUTRISI PELENGKAP SEISI KELUARGA

Makanan segera, tanpa curiga....itulah trademark nye....hehe...selalu mengeluh kurang vitamin? Ambil saje meal shake.Dengan rasa vanila yang enak, ianya juga kaya dengan 19 vitamin utama, protein, serat dan mineral serta kalsium yang penting untuk khasiat yang diperlukan oleh tubuh setiap hari. Selain kanak-kanak, ia juga sesuai untuk dinikmati seisi keluarga....

~ meal shake memberikan tenaga dan dapat membantu menguatkan sistem imun kanak2 sekaligus melindungi mereka daripada jangkitan penyakit.Contohnya, demam akan lebih cepat sembuh daripada biasa.

~ Bagi kanak2 yang sangat memilih makanan dan kurang berselera pula, meal shake membantu menambah selera makan sekaligus membantu membina tulang dan sel-sel dalam proses tumbesaran yang sihat. Ini kerana meal shake mengandungi asid folik Biotin, kalsium dan magnesium.

~ Selain itu, ianya juga mengandungi vitamin A,C,E, Zink dan Selenium. Sangat sesuai untuk mereka yang ingin tampil awet muda kerana ia membekalkan vitaminB kompleks, zat besi dan kuprum untuk membentuk sel darah merah yang sihat sekali gus mencegah kulit kusam.

~ Meal shake juga kaya dengan protein yang membantu dalam pembentukan kulit, kuku dan rambut serta tisu tubuh.

~ Juga boleh diambil oleh ibu hamil dan menyusukan anak kerana ianya membantu dalam penghasilan susu badan yang berkhasiat.

~ Meal shake juga kaya dengan serat yang membantu melawaskan pembuangan air besar bagi menyingkirkan lemak dan toksin berlebihan daripada kolon dan perut bagi proses de
toksifikasi.Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit.

~ Ianya mengandungi lecithin soya yang bertindak dengan vitamin larut lemak sesuai untuk mereka yang menghadapi kesukaran menelan pil terutamanya dikalangan warga emas dan mereka yang ingin mengekalkan berat badan ideal serta atlet yang perlu menjaga pemakanan mereka.

~ Ianya umpama makanan segera yang sihat dan paling best mudah larut dalam tubuh, bebas perasa tiruan serta pewarna tiruan.boleh dihidangkan secara sejuk ataupun suam.juga boleh dicampurkan dengan minuman kegemaran kita kecuali minuman berkafein.

Eh!!!!!bulan ni promo meal shake la.....mesti grab ni....nanti tak tau la bila nak dapat lagi macam ni. buy 3 free 1 tu....

Ada sesiapa yang berminat boleh hubungi saya ye....saya jual shaklee....pengedar shaklee seremban....juga seluruh malaysia....saya pos by pos laju.

call/whatsupp: 011-10815355
facebook: maizun abdullah
likepage: E-nutrisi shop

KHASIAT BAWANG PUTIH UNTUK KESIHATAN

Assalamualaikum....

Rasanya semua orang kenalkan bawang putih.....mestilah kan....selalu letak dalam masakan tu...Berdasarkan laman web world's healthiest food , bawang putih sudah wujud sejak 5000 tahun yang lalu.Bawang putih ni sangat mudah dikenalpasti dengan kulitnya seperti kertas putih nipis dengan bau yang menyengat. Sesetengah orang tidak menyukai bawang putih ni kerana mereka mengatakan yang ianya menyumbang kepada bau badan.betul tak?? Haaaa.....walaubagaimana sekalipun anggapannya....bawang putih ni banyak manfaatnya kepada kesihatan kita. Ianya boleh diambil dengan pelbagai cara seperti secara mentah, kering, ekstrak, serbuk, minyak bawang putih, tablet atau kapsul..apa ye manfaatnya??jom baca......

1)  Satu auns bawang putih mengandungi sekitar 42 kalori, 9 gram karbohidrat, 2 gram protein dan 1 gram lemak. Ia juga mengandungi mangan, vitamin B6 dan vitamin c serta merupakan sumber terbaik daripada thiamin @B1, fosforus, selenium, kalsium, potasium, zat besi dan tembaga.

2)  Bawang putih juga mengandungi antioksidan dan sebatian sulfur yang disebut allicin. Sebatian Allicin tersebut merupakan bahan aktif utama yang bertanggungjawab bagi memberi manfaat kepada tubuh kita. ketika bawang putih dicincang dan dihancurkan, sebatian ini berubah bentuk menjadi bau dan rasa. Bawang putih tua terbukti mengandungi kosentrasi tertinggi dari sebatian sulfur yang mudah diserap oleh tubuh.

3)Bawang putih ini sering di syorkan sebagai suplemen alternatif bagi mereka yang mengalami kolestrol tinggi, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, mencegah kanser seperti kanser perut @ usus. Bawang puti dianggap mempunyai kandungan toksisiti(zat beracun) yang rendah. Namun, perlu berwaspada dalm pengambilannya kerana ianya boleh mengganggu keadaan perut, pernafasan dan bau badan, sakit ulu hati dan kembung.

4)  Selain itu, bawang putih juga boleh membantu mengawal tahap gula dalam darah. Penggunaan bawang putih secara teratur dan berpanjangan boleh menurunkan paras homocysteine darah dan menunjukkan pencegahan sesetengah komplikasi diabetes mellitus.Bagi yang mengambil insulin perlu berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

5)  Juga digunakan sebagai ubat jangkitan( terutamanya masalah dada), gangguan pencernaan dan jangkitan kulat seperti seriawan( thrush).Ianya digunakan sebagai penyah-jangkitan kerana sifat bakteriostatik dan bacteriocidal.

6)  Zat anti-kolestrol dalam bawang putih iaitu ajoene menolong mencegah penggumpalan darah, pertumbuhan bakteria dan juga digunakan sebagai antibiotik semulajadi.

7)  Mengambil bawang putih mentah semasa selsema dapat mengurangkan jangkitan dan membantu melawan selsema tersebut.

haaaaa.....banyak juga khasiat bawang putih ni kan....jadi tak perlu lah risau untuk memakannya...buat ulam macam tu pun best juga, tambah2 dengan nasi panas...lagi best kalau dapat bawang putih jeruk.hehehe.....

Rabu, 10 September 2014

SET LENGKAP KEHAMILAN SHAKLEE

Assalamualaikum semua.....

Bersua lagi kita dalam blog saya yer....kali ini saya nak berkongsi dengan kawan2 tentang set lengkap kehamilan shaklee...maklumlah semasa kehamilan ni lah kita nak kena jaga betul2 kan...dari segi pemakanan, pengambilan vitamin yang baik untuk perkembagan janin dan sebagainya...lagi satu...masa hamil ni lah bermacam2 masalah yang tak diundang datang kan....hb low, diabetes, darah tinggi dan sebagainya..nak tau vitamin apa yang sesuai untuk kehamilan?? jom kita tengok.....



Kalau kawan2 nak tau...set kehamilan ni terbahagi kepada dua iaitu untuk trimester 1 dan trimestere 2-3. Jadi....untuk trimester 1 kehamilan, para ibu mesti mengambil suplemen VITA LEA + B COMPLEX + VITA C + OSTEMATRIX. Manakala pada trimester ke-2, ibu2 boleh menambah OMEGA GUARD + ESP untuk merangsang perkembangan baby & otak baby....

jom kita semak apa fungsi vitamin2 ni pulak....

VITA LEA
~ Merupakan multivitamin dengan 28 vitamin dan mineral penting dan dirumus khas bagi membantu memenuhi keperluan badan kita..
~ Jika di ambil setiap hari vita lea membantu dalam mengekalkkan kesihatan yang baik kerana ianya mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan & pembinaan tisu.
~ Selain itu, ianya juga mengandungi kalsium, fosforus dgn vitamin C & D.
~ Manakala vitamin B12 pula membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.

B COMPLEX
~ Mempunyai 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
~ Membantu menukarkan protein, lemak & karbohidrat kepada tenaga.
~ B complex dengan asid folik ini membantu mengurangkan risiko melahirkan anak terencat @ masalah kecacatan saraf tunjang.
~ mengurangkan masalah imsomnia
~ Mengurangkan risiko kekejangan otot.
~ sesuai untuk ibu hamil yang menghidapi asma, jantung & diabetes.

VITA C
~ Vitamin C amat sesuai untuk ibu hamil kerana ianya akan menguatkan sistem imunisasi.
~ Membantu membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik.
~ Membantu sel darah putih menentang bakteria & kuman, dalam masa yang sama mengukuhkan sistem imun.

OSTEMATRIX ( kalsium, magnesium & vitamin D )
~ Membekalkan kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang & gigi.Juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf & otot serta buah pinggang. Selain itu, kalsium ini dapat mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.
~ Magnesium penting untuk metabolisme kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang iaitu punca penyebab migrain.
~ Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh di serap oleh tubuh.
~ Mengurangkan sembelit untuk ibu mengandung.

OMEGA GUARD
~ Omega 3 penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan.
~ omega guard merupakan sumber omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen.Kaya dengan DHA & EPA.
~Boleh mula diambil pada trimester ke-2 (bulan ke-4 kehamilan)

ESP
~ Merupakan protein bukan GMO yang lengkap dengan semua asid amino, rendah lemak dan bebas laktosa serta kolestrol. 
~ Menyediakan tenaga berkekalan dan mampu menahan rasa lapar.

haaa....dah tau kan sekarang semua fungsi2nya.....jadi kepada kawan2 yang masih mencari2 apa suplemen yang bersesuaian setelah memakan vitamin basic klinik dan tidak memberi tindakbalas yang baik, boleh mencuba suplemen shaklee ini.InsyaAllah.....saya juga mengamalkan meminum ESP setiap hari untuk membekalkan tenaga selain tu....kulit pun cantik.itu bonus dari meminum esp..hehehe...2 dalam 1 lah katakan...alhamdulillah strecthmark pun kurang kali ni..

untuk dapatkan set ini boleh menghubungi saya di talian berikut...saya pengedar shaklee seremban...dan juga seluruh Malaysia....

call/sms/whatsapp: 011-10815355 (maizun)
facebook: maizun abdullah
page: E-Nutrisi Shop
http://maizun1982.blogspot.com









Borang Maklumbalas

Nama

E-mel *

Mesej *