Jumaat, 14 Februari 2014

MAKANAN PENGARUHI KESIHATAN KULIT

Apakah jenis makanan yang diperlukan untuk tampil menarik??? Haaaa.....jangan risau saya akan senaraikan di sini beberapa makanan yang perlu diambil..yang mana dapat membantu memperbaiki keadaan kulit kita, sekaligus memberi manfaat tambahan utntuk tubuh kita.

1) kekacang 

Contoh: Badam, gajus, kacang hazel, kacang pecan

Nutrisi: Vitamin E

kebaikannya:

Kekacang sering disifat­kan snek berkhasiat kerana kandungan antioksidan yang tinggi. Vitamin E yang terkandung di dalamnya membantu mengatasi radikal bebas yang mengakibatkan kesan penuaan pada kulit, selain melindunginya daripada selaran ultra lembayung (UV).

Vitamin E juga membantu mengekalkan lembapan dalam kulit, menjadikannya lebih anjal dan tampil lebih berseri.

Menggandingkan vitamin E dengan selenium boleh meningkatkan kebolehan antioksidan yang ditawarkan­nya.

Jadi apabila diri ingin mengunyah kudapan, ambil hidangan badam yang dicampur bersama keju cottage (sumber selenium) sebagai satu cara pemulihan kulit.

Kacang pistasio dan walnut juga menawarkan khasiat lemak omega-3 yang sememangnya baik untuk kulit.


Nutrisi shaklee: Vita-E complex

# Menolong melawan penuaan pra-matang pada kulit
# Mengurangkan risiko sakit jantung
# Menyokong prestasi otot & mempercepatkan pemulihan
# Antioksidan

2) Sayuran

Contoh:
 Bayam, selada Rom, chard Swiss, kubis daun dan lobak.

Nutrisi: Lutein, beta karotena, vitamin A.

Kebaikannya:
Kulit adalah organ terbesar tubuh. Justeru apa yang baik untuk seluruh tubuh juga baik untuk kulit kita. Dalam banyak ­pilihan makanan, tiada yang dapat menandingi sayur-sayuran. 

Sayuran berwarna jingga-merah seperti lobak, keledek dan bayam kaya dengan beta-karotena. Tubuh kita menukarkan beta-karotena ini kepada vitamin A yang bertindak sebagai antioksidan bagi mencegah kerosakan sel serta penuaan pramatang.

Dalam sesetengah kes, vitamin A memberi manfaat sebagai antijerawat dan banyak digunakan dalam produk akne (dikenali Retin-A).

Sayuran hijau lain menawarkan khasiat yang membantu kulit menghasilkan sel baru lalu menyingkirkan yang lama. Ia juga mengurangkan kekeringan dan menjaga kulit agar sihat, cerah dan anjal.


Nutrisi Shaklee: Carotomax

# Sumber vitamin A daripada buah-buahan dan sayur-sayuran

# Menggalakkan kesihatan mata,prostat, serviks, paru-paru, jantung dan pertumbuhan tisu dalam jangka masa panjang.
# Membantu dalam memelihara kesihatan kulit.
# Membekalkan lebih 13mg daripada karotenoid yang paling berkhasiat kerana mengandungi ekstrak yang unik daripada tomato, biji benih anggur, minyak palma, bunga marigold dan brokoli bertunas.
# Sumber karotenoid utama dalam setiap kapsul carotomax adalah: Beta karotena dalam hidangan 102 pisang, Lycopena dalam hidangan 714 aprikot, Lutein & zeaxanthin dalam hidangan 285 limau gedang, Alpha karotena dalam hidangan 89 rasberi dan Astaxanthin dalam 1 hidangan ikan salmon.


3) Makanan laut

Contoh:
 Salmon, sardin dan tiram.

Nutrisi: Asid lemak omega-3 dan zink.

Kebaikannya:
Ramai kalangan kita pernah dengar bahawa makanan laut sememangnya baik untuk kesihatan fizikal dan mental, lalu tidak hairanlah ia menjadi komponen utama dalam rejim diet dikenali sebagai ‘Diet Mediterranean’.

Nutrien utama pada ikan sememangnya baik untuk penampilan kulit cerah. Pengambilan omega-3 dalam makanan laut ini membantu mengurangkan kekeringan dan menghindarkan masalah radang kulit.

Keradangan berupaya membuatkan kulit tua lebih awal daripada sepatutnya dan kajian mendapati kekurangan omega-3 akan menyumbang kepada masalah radang seperti ekzema dan psoriasis.

Asid lemak omega-3 juga membantu menjaga saluran darah jantung, sekali gus meningkatkan peredarannya. Peredaran yang baik penting untuk kesihatan kulit.

Zink membantu mengatasi jerawat kerana ia membabitkan metabolisme testosteron yang memberi kesan kepada pengeluaran bahan berminyak dikenali sebum punca utama jerawat. 

Zink tidak ketinggalan membantu pengeluaran sel dan menyingkirkan kulit mati lalu memberikan hasil kulit lebih berseri.
Nutrisi Shaklee: Omega guard & zink


4) Buah-buahan

Contoh:
 Strawberi dan buah-buahan sitrus.

Nutrien: Vitamin C dan serat.

Kebaikannya:
Vitamin C adalah bahan utama dalam produk kecantikan khususnya krim pelembap dan tabir suria. 

Vitamin ini membantu meng­galakkan penghasilan kolagen yang berupaya memperbaiki struktur kulit lemah.

Kolagen mulai lemah kala usia meningkat 30-an yang menyebab­kan kulit hilang keanjalan lalu memudahkan penampilan kedutan dan bintik hitam.

Mengambil vitamin C menerusi makanan seperti oren, limau gedang, ceri Acerola (sebiji ceri Acerola membekalkan 100 peratus sumber vitamin C yang diperlukan dalam sehari) dan tomato membantu menganjalkan semula kulit dan mengurangkan garis kedutan.

Vitamin C juga berupaya menentang keradangan dan sumber antioksidannya membantu meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel kulit. 

Lada benggala dan tauge turut mengandungi vitamin C yang sama jumlahnya seperti dalam buah-buahan.
Nutrisi shaklee: SR Vita-C Plus & Chewable Vita-C Plus


5) Bijian penuh

Contoh:
 Roti dan pasta.

Nutrisi: Serat, folat, magnesium dan riboflavin. 

Kebaikannya: 
Secara amnya, bijian penuh berbanding karbohidrat yang diproses dapat memperbaiki struktur kulit. Tepung yang diproses (atau diperhaluskan) boleh menyebabkan peningkatan insulin, sekali gus menggalakkan akne. 

Sebaiknya pilih roti gandum penuh dan bukannya roti putih, sementara gandum kuda atau buckwheat bertindak sebagai antioksidan yang membantu mengatasi masalah membabit­kan keradangan kulit.

Germa gandum pula ­memberikan khasiat biotin vitamin B yang membantu ­pemprosesan sel lemak. Jika tubuh kekurangan biotin, kulit boleh menjadi kering dan bersisik.

Menggantikan tepung pemprosesan biasa dengan tepung gandum kuda adalah langkah bijak kerana ia juga membantu mengurangkan risiko diabetes.
Nutrisi Shaklee: Meal shake, Chinch shake, ESP soy protein isolate powder
# Untuk order nutrisi shaklee boleh hubungi saya di talian berikut ye....

pm/sms/whatsapp:
011-10815355 | maizun
019-9335355 | eddy
facebook: maizun abdullah
fanpage: E-Nutrisi Shop

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hai...nak tau apa2 pasal vitamin or yang berkaitan boleh jer komen yer...nak bagi pendapat ke...testimoni diri sendiri ke kongsi pasal kesihatan ke...just leave your comment here...i'm glad to read n recomment back.

Borang Maklumbalas

Nama

E-mel *

Mesej *