Jumaat, 7 Februari 2014

KELEBIHAN MINYAK IKAN

Assalamualaikum.....

Hari ni nak berkongsi pasal minyak ikan lagi....hahaha....sebab minyak ikan ni banyak khasiatnya..nak tau tak....

Minyak ikan adalah lemak yang paling sihat berbanding lemak haiwan yang lain kerana ia mengandungi tahap kolestrol yang sangat rendah malah minyak ikan juga memberikan kolestrol 'baik' untuk tubuh kita.

Selain melancarkan saluran laluan darah ke arteri, minyak ikan juga membantu menurunkan tekanan darah tinggi yang merupakan salah satu faktor berlakunya serangan jantung. Apabila kita mengamalkan minyak ikan, secara tidak langsung penyakit lain yang menjadi punca penyakit jantung berjaya di hindari.

Sebaiknya bagi anda yang mengalami masalah jantung, mereka perlu mengamalkan pengambilan minyak ikan ini sebanyak 2 kali seminggu. Ini adalah cara terbaik untuk kita mendapatkan omega-3 melalui amalan pemakanan. 

Ingat, sebagai seorang pesakit jantung, risiko kali ke 2 lebih mudah terjadi sekiranya anda mempunyai faktor genetik masalah jantung dalam keluarga. Selain itu, pesakit perlu sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan berkala bagi memastikan kencing manis, darah tinggi dan kadar kolestrol berada pada tahap yang stabil.-Prof.Datuk Dr.Mohd Ramzisham 

# jaga lah kesihatan kita kawan2....kesihatan yang baik melalui pemakanan yang sihat..Jangan risau...kini terdapat banyak minyak ikan yang boleh didapati dalam bentuk kapsul..Shaklee pun ada....OMEGA GUARD..sangat baik untuk jantung dan juga otak..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hai...nak tau apa2 pasal vitamin or yang berkaitan boleh jer komen yer...nak bagi pendapat ke...testimoni diri sendiri ke kongsi pasal kesihatan ke...just leave your comment here...i'm glad to read n recomment back.

Borang Maklumbalas

Nama

E-mel *

Mesej *