Rabu, 18 Disember 2013

bekerja sambil berzikir....

Assalamualaikum......

kali ini entry saya berbeza skit dari yang sebelumnya ya.....hehe....kita berkongsi sedikit tentang santapan rohani.Takkan nak penuhkan jasmani je kan....rohani juga perlukan suapan...
kenapa saya suka nak tulis tentang tajuk ni ye?? sebab bagi saya zikir ni ibadat paling ringan tapi timbangan pahalanya....Ya Allah...amat berat. Walaupun mudah tapi tak semua muslim yang melakukannya kan....bukannya apa...sebab tak di latih untuk berbuat demikian..yang kita biasa dengar hanyalah siulan lagu2 semasa je....haaa....sekarang apa kata kita tukar plak dengan zikrullah...alah...bukan susah pun...'subhanallah, walhamdulillah, walailahaillallah, wa Alllahu Akhbar.'....

haaa....senang je kan....ianya tak dibatasi oleh waktu dan tempat.setiap masa boleh berzikir.takder wuduk pun boleh...mana2 kawan2 di luar sana yang tak bertudung pun boleh..bak kata....semua boleh la..tapi sayang.....kenapa ramai yang tak amalkan....

Bekerja juga satu ibadah....kerana hasil yang kita dapat dari apa yang kita kerjakan itu merupakan sedekah yang paling utama untuk keluarga kita.Alangkah bagusnya kalau sambil bekerja tu kita berzikir..rezeki yang kita dapat juga akan berkat dan kita juga akan bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja tersebut.

ni ada satu cerita...tentang nabi Idris A.S....semangat kerjanya memang patut kita contohi.Baginda adalah seorang tukang jahit yang mencari nafkah dengan hasil tangannya sendiri.Pada suatu hari Allah swt berfirman yang maksudnya " Wahai Idris, tahukah kamu mengapa Aku mengangkat darjatmu hingga ke tempat yang sangat tinggi? sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Dan kami mengangkatnya ke kedudukan yang tertinggi" (surah maryam:ayat 57).

Nabi Idris menjawab: "Saya tidak tahu wahai Tuhanku". Allah berfirman: " setiap hari amalanmu terangkat ke sisi-Ku seperti setengah amalan penduduk dunia ini kerana kamu banyak berzikir." Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: " Kepada-Nyalah naik perkataan2 yang baik dan amal yang soleh"(surah fatir:ayat 10).

Subhanallah....mulianya amalan nabi Idris ni kan kawan2...demikianlah keutamaan nabi Idris.setiap kali baginda menusukkan jarumnya, pasti kalimah zikrullah yang di ucapkan.Sehingga kan darjatnya di angkat di sisi Ya Rabb setinggi itu. Mahu tak kita contohi akhlak nabi kita ni. Mestilah mahu kan...jom kita sama2 mencari keberkatan dalam pekerjaan dan redha Ilahi......

kepada yang belum bermula tu elok la praktikkan dari sekarang...dan yang dah amalkan tu teruskan berzikir sehinggalah kita menutup mata..InsyaAllah.....

*peringatan untuk diri sendiri dan juga para sahabat seagama semua....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hai...nak tau apa2 pasal vitamin or yang berkaitan boleh jer komen yer...nak bagi pendapat ke...testimoni diri sendiri ke kongsi pasal kesihatan ke...just leave your comment here...i'm glad to read n recomment back.

Borang Maklumbalas

Nama

E-mel *

Mesej *